"Saya dah tengok filem tu dan lebih layak untuk buat komen berbanding dengan rakyat Malaysia lain yang belum menontonnya". Begitulah kata Zaid Ibrahim di sini,
Keseluruhannya Zaid bercakap macam musuh PKR juga sepertimana YB Zul Kulim, cuma lebih bertatasusila, bertamadun dan terpelajar berbanding Lebai Kulim tu, patutlah Zaid dapat membina empayar firma guaman terbesar di Malaysia, kalau nak harap YB Zul, setakat firma guaman kat pekan Kulimpun belum tentu hidup lagi.
Lucu juga bila Zaid sarankan kita gunakan kepakaran dari luar seperti FBI, Scotland yard, Mossad, Polis berkuda kanada dan semua pakar yang ujud dari luar untuk membuktikan bahawa video atau rakaman tersebut ori dan buka rekaan.
Tak ada siapapun kata video itu palsu, setakat nak buat rakaman aksi alakonan 20 minit sekarang ini banyak kamera kompak yang boleh kita pakai. Tapi kalau nak buat rakaman filem lucah atau aksi seks ranjang ada sedikit masalah, iaitu untuk mencari pelakon yang rela, kalau jalang dari luar negara agak senang sikit, tapi ada bayarannya.
Dan yang paling payah adalah untuk meyakinkan seseorang yang popular, yang semua orang kenal untuk berlakon adengan seks di depan perakam video dan juga dengan kehadiran orang lain. Cuba suruh Awie atau Jamal Abdillah jadi pelakon dengan bayaran jutaa ringgit, saya yakin mereka cukup waras untuk menolaknya, ia akan membunuh karier seni mereka.
Bayangkan pulak untuk orang seperti Anwar yang integritinya jauh lebih diperlukan untuk karier politiknya akan sanggup membiarkan orang lain melihat dan merakam ia beraksi!. itu kerja gila, biarlah apa orang nak kata saya memang lebih percaya ia kerja orang tak cerdik yang menyangka rakyat Malaysia lebih bodoh dan tidak dapat berfikir seperti mereka.
Cukuplah desakan untuk buktikan samada Anwar yang berlakon dalam video itu atau tidak, buang masa, rosakkan masyarakat, kerja gila dan lansung tidak membantu negara mencapai negara maju. Tangkap saja 3 hero utama yang menggelarkan diri mereka Datuk T (macam cerita lawak P Ramlee pulak), yang kini nampaknya cuba berkecimpung dalam industri porno pulak.
Jangan biarkan mereka bebas, tangkap dan bhukum mereka sebelum mereka mula memasarkan semua hasil seni porno mereka ke dunia maya.
Kalau dah tengok ambillah tindakan undang-undang, kalau tidak tak guna jadi peguam.
ReplyDelete