Pemimpin & Seks - Bekas Presiden Israel Dihukum Penjara !

Tuesday, 22 March 2011

Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav di jatuhkan hukuman penjara 7 tahun setelah di dapati bersalah merogol dan juga mencabul pembantunya dan juga 2 orang pekerjanya. Baca sini.

Banyak kes pemimpin-pemimpin terlibat dalam kes salah laku seks di seluruh dunia. Kat negara kita juga banyak kes pemimpin yang naik turun kerana skandal seks.

Ketua pembangkang juga terpalit diseret dengan berbagai tuduhan salah laku seks semenjak dia diterajang keluar dari Kerajaan BN.


Banyak pemimpin pembangkang juga tak lepas dari tuduhan serta fitnah seks. Mat Sabu pernah dituduh berkhalwat. Ada adun Pas yang dituduh berzina dengan bini orang.

Banyak ketua cawangan dan bahagian juga pembantu menteri-menteri kantoi dengan tuduhan seks. Ada yang selamat dan ada juga yang tak selamat.

PM kita juga digossipkan dengan banyak skandal seks, tapi tak pernah terbukti atau tak pernah lekat semua kes tersebut.

Setakat ini, Tuan Guru Nik Aziz tak pernah ada sebarang gossip tentang salah laku seks. Haji Hadi juga begitu. nampaknya orang takada ruang nak cucuk fitnah pada mereka.

Itulah kelebihan menjunjung Islam dan tak pernah putus asa dari memperjuangkannya. Bukan hanya berani mengeluarkan fatwa dan mengecam maksiat, malah kehidupan mereka sendiri tak ada perhiasan dunia yang boleh mendatangkan fitnah.

Apa yang musuh-musuh dapat tuduh hanyalah berkisar daripada fatwa-fatwa yang cuba di selewengkan orang untuk menjatuhkan kredibiliti mereka. Setakat itulah saja yang mereka mampu, tapi apabila diajak berdebat semua kecut tak berani, hanya berani menyalak di balik dinding.

saya setuju kata blog Ibnuhasyim.com, tiba masanya Pakatan Rakyat dipimpin oleh orang seperti Nik Aziz.
Share on :

1 comment:

  1. dlm kes mcm nie....
    puak yahudi lebih bertamadun dari puak-puak sini.....

    kalu kat sini...tak sapa pun berani nak 'accuse' si progol ke....penzina ke..buat petenah ke??....buat video lag.....
    masing-masing kapit teloq....

    semua gomen agensi dok bawah ketiak depa.......
    dok bau hapak ketiak tu laa yg tak berani nak buat apa tu......

    kah kah kah..........

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License