Sebelum munculnya kisah video seks yang meletakkan Anwar sebagai pelakunya, PKR kelihatan agak suram, hubungan dengan PAS pula nampak macam biasa-biasa, dengan DAP macam biasalah mereka sibuk buat kerja.
Tiba-tiba Trio Datuk T muncul dengan satu isu baru, kononnya mahu check mate pemimpin pembangkang tersebut, yang akhirnya ternyata mereka masuk perangkap Dato Eskay, seorang businessman tercicir dan sedang menjunam mencari pelampung untuk timbul.
Rakyat terus meluat dan seorang tua kampung, Pak Mat yang selama ini amat relaks dan tak pernah menunjukkan sentimennya samada PAS atau UMNO tiba-tiba melenting dan terus menyampah dengan tuduhan terbaru tersebut. "Celaka Umno, dah tak ada kerja lain ka?" ayat Pak Mat sejak munculnya kisah jijik video seks tersebut.
Seperti biasa Anwar menggunakan kemahirannya untuk 'hijack' isu-isu sebegitu untuk kepentingan politik dan popularitinya. Anwar kelihatan bertenaga kembali. Dalam satu majlis semalam di kediamannya, majlis yang direncana untuk 250 orang menjadi kelam kabut apabila seramai lebih dari 400 orang terjun untuk mendengar suara Anwar.
Orang ramai mula menyerbu apa saja program Anwar dan Pakatan Rakyat keseluruhannya. Tuan Guru haji Hadi di katakan orang yang paling tidak selesa dengan kejadian terbaru ini. Dia amat berkecuali selama ini apabila menyentuh isu PKR, tapi kali ini ramai yang terkejut apabila selasa lalu dia mencelah soalan wartawan.
Wartawan bertanya samada Anwar sanggup bersumpah dengan isu terbaru tersebut. Mengejutkan semua orang yang ada di situ apabila Haji Hadi tiba-tiba mencelah meminta izin Anwar untuk menjawab soalan tersebut. Tuan Guru tiba-tiba menjadi amat simpati dengan Anwar, menjadi akrab dan bersedia membela pemimpin pembangkang malang tersebut.
Tuan Guru baru-baru ini dalam satu ceramah di Taman medan menghentam Umno dengan begitu bertenaga sekali selama 20 minit tidah henti. Dia menyatakan kemarahannya yang amat sangat dengan politik kotor yang berlaku di negara kita. Ceramah yang dijangka hanya akan dihadiri oleh 3 ribu lebih orang saja di serbu lebih dari 5 ribu orang. Luar jangkaan !, kata penganjur.
Walau apapun, tahniah Dato Eskay kerana berjaya memperbodohkan Tan Sri Abdul Rahim TC, jerat dah mengena. Yang sedang terkangkang dan menepuk dahi seminit sekali adalah RTC. Dia memalitkan tahi kepada Umno sekali. Umnno tak pasal-pasal terpaksa menepis semua tahik yang terpalit. Tapi baunya sedah melekat!!!
No comments:
Post a Comment