PAS Perlis yang agak sunyi dari media dan glamour, tiba-tiba buat kejutan dengan tersergamnya bangunan sendiri yang menjadi mercu tanda PAS Negeri itu.
Kawan saya banyak yang datang menegur sapa, sambil sinis perli. 'PAS Perlis semua kaya-kaya dari orang PAS Pulau Pinang, sebab tu, Perlis boleh buat bangunan yang hebat sendiri' .
Tersebar luas yang PAS, kebelakangan ini merosot dari mendapat sumbangan dari ahlinya sendiri. Ada kata tak telus, ada kata duit derma ke PAS tiris ke individu yang berlakon dengan serban jubah?? Banyak sangat isu yang menghilang keyakinan orang menyumbang.

Ada seorang kawan lama telepon saya. Dia telepon dari German, bertanya khabar PAS. Dia yang duduk German, dapat gambaran PAS sedang merudum sokongan. Adakah orang dah hilang keyakinan atau give up sejak Muktamar lepas dan perkembangan yang tidak berubah? soal dia.
Apa yang dia hukum itu berdasarkan jumlah pembeli HARAKAH yang menurun amat ketara, Pilihanraya kecil yang terus menurun sokongan pengundi kepada PAS. Derma dan kehadiran Ceramah yang amat rendah kebelakangan ini juga memberikan isyarat kepada merosotnya sokongan terhadap Pas. Dia kata, dia dapat lihat dari tulisan dan gambar-gambar di internet yang jelas dan nyata.

Pelancaran Bangunan Baru PAS di Sepang satu masa dulu, amat membanggakan ahli, sekarang tinggal kenangan, sejak Dato Husam Musa tiada dalam senarai terpenting PAS. Kelantan juga sekarang dilihat sedang menurun sokongan rakyat, sejak Dato Husam tidak menjaga team yang menasihat Tuan Guru Nik Aziz, kenyataan akbar MB Kelantan tidak setajam dulu lagi .
Mungkin 'give up' ahli PAS ini diluahkan di Mesyuarat Agong PAS Kawasan Kubang Kerian , Kawasan YDPnya Dato Husam Musa, yang telah mencalonkan M Sabu ke jawatan Timbalan Presiden PAS.
Kalau suasana ini tidak berubah dengan sesuatu tindakan yang menambah keyakinan ahli dan rakyat Malaysia, sehingga Muktamar ini, PAS akan berada di kedudukan amat meruncing dari segi keyakinan rakyat Malaysia....

Artikel dibedal dari sini.
No comments:
Post a Comment