Ir Shaik Hussein Mydin Dilantik jadi Ketua Pemuda UMNO P Pinang

Wednesday, 23 March 2011

Ketua Pemuda Umno Penang, yang sihat tu.
Tahniah kepada Ir Shaik Hussein Mydin yang telah dilantik sebagi ketua pemuda Umno Pulau Pinang. Ketuanya Khairy Jamaludin memberitahu penstrukturan tersebut adalah sebagai persediaan menghadapi PRU-13. Nampaknya memang dah dekat PRU-13 ni.

Ir Shaik Hussein Mydin ni memang hebat, seorang jurutera profesional dan juga seorang ahli perniagaan. Saya ada lihat namanya tersenarai sebagai salah seorang pemilik syarikat kawalan keselamatan CAREMAN SECURITY (M) SDN BHD, yang modal berbayarnya RM1 juta, tentu banyak projek kawalan keselamatan lepas ni!. Dia juga ada melibatkan diri dalam industri air, namanya ada berdaftar sebagai consultant dalam SPAN.


Lihat perbezaan antara pemimpin Pas dengan Umno. Jika Pas, ketua yang dilantik pasti gambaran seorang ustaz yang hebat berceramah muncul. Bagi Umno pula apabila seorang ketua dilantik, pasti gambaran seorang businessman yang muncul.

Mana satu yang lebih baik agak-agaknya ? Dilema juga jadi orang politik ni. Berpolitik kalau tak ada duit susah sikit nak bergerak, apabila berniaga untuk cari duit pulak orang nampak ambil kesempatan buat duit melalui politik. Bagaimana kita perlu mengubah semua ini agar nampak cantik?.

Bagaimana Pas perlu selesaikan semua masalah curiga masyarakat terhadap ahli perniagaan yang aktif dalam politik. Mungkin kita perlu merangka agar semua pemimpin hanya perlu berkorban 100% politik tanpa melibatkan diri dalam perniagaan.

Bagi merungkai masalah kewangan pulak kita perlu membina rangkaian usahawan sebanyak mungkin yang mempunyai struktur organisasinya tersendiri yang duduk sebagai kumpulan sokongan di bawah organisasi politik yang disokongnya.

Bagi parti Umno semua itu sudah ada, cuma saya tak pasti bagi parti Pas dah wujud rangkaian ahli-ahli perniagaan yang berstruktur dan juga syarikat kepunyaan parti yang hebat dan bertaraf dunia. kalau dulu Pas ada kohilal, tapi malangnya ia tak dapat bertahan lama, sekarang tinggal kenangan dan dibalut dengan seribu satu macam masalah. Macam mana masyarakat nak yakin dengan keupayaan Pas dalam memnbina ekonomi rakyat!.
Share on :

2 comments:

  1. macam kenai dia ni, tp dulu tak besaq sgt gitu. sewa rumah dekat rumah dia di area b'worth.

    dia ni lps graduate tolong mak bapak bayaq utang dgn buat mcm2 kerja tmasuk tebar roti canai. aku salah sorang pelanggan dia. pernah berborak ringan2. lepas tu mhilang, dgr khabar pi jd public engineer.

    kena bg chan kat org mcm ni. cuba try test..

    faizu

    ReplyDelete
  2. muka macam rajinikanth je...pasti ke melayu tu??hahahah

    teman bukan nak mengata dia...tapi pasal umno ni wujud berdasarkan kaum...tu teman tanya...

    la ni...kalau tengok dalam umno...ramai yang muka bukan pure melayu...tengok dari jauh, dari dekat sama je macam sami vellu...

    boleh disimpulkan, melayu semakin pupus dalam UMNO digantikan oleh bangsa baru....india yang menyamar melayu...wakakakaka

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License