Turki lebih ke depan mertabatkan wanita !

Wednesday 12 September 2012

Ada fahaman yang meletakkan wanita hanya layak berada di dapur rumah dan menguruskan hal ehwal rumah tangga saja. Itu fahaman lama orang tua-tua dulu dan sekarang kaum wanita bangun menuntut ruang yang lebih untuk menyumbang. Walau apapun pandangan anda, mungkin maklumat ini berguna untuk kita menilai semula fahaman kita selama ini.

Kajian menunjukkan syarikat-syarikat yang meletakkan kombinasi lembaga-lembaga pengarah yang terdiri dari kalangan lelaki dan juga wanita lebih baik kedudukannya terutama dalam menguruskan risiko. Kehadiran wanita dalam jawatan tinggi juga memberikan sokongan moral pada pekerja wanita yang berada di bawah sekali gus meningkatkan tahap keberkesanan sesebuah syarikat.


Wanita terbukti lebih memahami kehendak wanita lain berbanding lelaki. Kahadiran mereka dalam kumpulan pembuat keputusan bakal menghasilkan produk dan perkhidmatan yang memenuhi kehendak pengguna wanita. Wanita merangkumi 70% ke 80% daripada pembuat keputusan dalam hal membeli barang-barang keperluan, sebab itu kehadiran wanita di peringkat tinggi penting.

Antara negara contoh yang kita boleh kita lihat menyedari kepentingan kehadiran wanita dalam jawatan tinggi adalah Turki. Lebih 22% jawatan penting dalam syarikat-syarikat besar di sana adalah wanita. Itu menjadikan Turki lebih menghargai kaum wanita berbanding dengan hampir kesemua negara Eropah dan juga negara-negara lain seperti Brasil, Cina dan juga Rusia.

Tidak cukup dengan kedudukan itu, kerajaan Turki telah merangka program khas untuk melatih kaum wanita berada di posisi tinggi lebih ramai lagi. Mereka telah melantik 40 pelatih khas dari berbagai syarikat untuk melahirkan 40 orang lagi pegawai tertinggi dalam lembaga pengarah dari kalangan wanita.

Apa pendapat anda dengan kedudukan wanita dalam jawatan tinggi di negara kita. Adakah kita masih perlu mengekalkan wanita hanya berada di dapur sahaja?

Sumber
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License