Jangan hisap ganja sebelum umur 18 tahun

Tuesday 11 September 2012

Ganja dikategorikan sebagai dadah najis merbahaya. Bawa ganja banyak boleh membawa kita ke tali gantung. Walaupun ganja tak berapa merbahaya di Eropah, ia adalah ancaman maut di negara kita.

Oleh itu jangan salah faham dengan tajuk di atas. Ia tidak bertujuan untuk menggalakkan kita hiasap ganja setelah berumur 18 tahun. Cuma jangan mula hisap ganja sebelum anda berumur 18 tahun.


Saya ada menulis beberapa cerita ganja sebelum ini. Bukan sebab saya kaki hisap ganja, tapi saya membesar dalam suasana kemewahan aktiviti hisap ganja di Pulau Pinang. Nasib baik tak melekat menjadi penghisap ganja.

Bukan tak pernah mencuba masa remaja dulu, tapi ia tidak menyeronokkan untuk saya malah menyusahkan sahaja. Masa itu ganja masih tidak dikenakan hukuman mandatori gantung sampai mati. Jadi setiap kali kenduri ia dihidangkan dalam mangkuk pada malam memasak.

Kenapa saya tak melekat jadi penagih ganja? saya kereditkan semua itu pada Ibu. Saya yakin doanya yang menyelamatkan saya. Allah makbulkan doa ibu untuk anak-anaknya. Syukur Alhamdulillah!.

Balik pada tajuk di atas. Ganja membuatkan otak kita berfungsi dengan penuh kecelaruan. Perkembangan tak manusia amat aktif sebelum umur 18 tahun. Disitu otak membina jaringan demi jaringan dan menyerap maklumat serta style pemahaman dengan giat sekali.

Dengan kehadiran ganja yang kerap diumur bawah 18 tahun, jaringan tersebut tidak dapat dibina dengan sempurna. Selepas umur 18 tahun kecelaruan itu akan kekal terbentuk dalam otak manusia. Hasilnya otak penghisap ganja akan kekal cacat dan bodoh sehingga ke akhir hayat.

Kalau tak percaya cuba tanya penghisap ganja yang mula sejak sebelum umur 18 tahun dan masih menghisapnya sampai sekarang. Tanya dia adakah anda rasa bodoh sekarang kerana hisap ganja. Tentu dia kan jawab, 'tidak'.....bukankah itu jawapan yang bodoh?

Ternyata hisap ganja membuatkan kita bodoh!!!

Share on :

1 comment:

  1. klu isap pakai rokok daun memang boleh jadi bodoh, cuba isap pakai buah tembikai,pakai 'ooga', mesti otak ligat!

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License