Perbezaan laporan berita sekarang dan 300 tahun dulu

Sunday 9 September 2012

Apa berita sensasi yang digemari ramai dalam zaman kita sekarang?. Kalau di Malaysia antara berita yang mendapat tempat samada di surat khabar, radio atau tv adalah dari jenis:

  • Cerita atau berita kehebatan individu, organisasi atau kumpulan yang amat pemurah membantu orang ramai. Contohnya, 'janji di tepati.
  • Berita atau cerita reputasi. Penyebaran maklumat atau cerita tentang reputasi atau track record seseorang, organisasi atau kumpulan. Contohnya, rekod BN telah terbukti!
  • Kisah penipuan. Bagaimana seseorang, organisasi, kumpulan atau masyarakat ditipu oleh organisasi, kumpulan, atau individu. Contoh: Pakatan Rakyat tak pernah tunai apa yang dijanjikan.
  • Berita keganasan. Berita kejadian ganas sering mendapat tempat utama di media samada cetak atau TV. Anjing bunuh orang, Imam Mahdi mengamuk di Putrajaya dan peserta bersih terbalikkan kereta polis mendapat liputan meluas.
  • Berita atau cerita rawatan atau aktiviti selamatkan anak-anak. Berita kanak-kanak yang mengalami kesulitan hidup seperti jantung berlubang, hilang, di culik dan seumpamanya juga menjadi sesuatu yang sensasi. Kisah Wanita Pertama amat perihatin pada anak-anak amat digemari dan mendapat liputan yang luas.
Dalam satu kajian oleh University of Guelph dalam bidang pengajian "Evolution & Human Behavior" terhadap 8 budaya berbeza dari seluruh dunia mengenai penyebaran berita kepada masyarakat dalam tempoh 300 tahun yang lalu, mereka mendapati tajuk berita sensasi adalah:
  • SAMA SEPERTI DI ATAS !!!
Rumusannya adalah manusia tidak pernah berubah dari segi citarasa terhadap perkara atau berita sensasi sejak 300 tahun dulu. Berkemungkinan juga ianya tidak pernah berubah sejak 150,000 tahun dulu sejak manusia mula melilau di Padang Sahara.

Maklumat lanjut boleh baca di buku: 
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License