Para Jemaah Cekup Remaja Untuk Dipaksa Jadi Imam !

Friday 26 August 2011

Kisah berlaku di sebuah perkampungan di negeri Sembilan lebih kurang 30 tahun dahulu ketika si penyampai cerita yang ketika itu baru berumur 9 tahun pulang ke kampung neneknya bersama ayahnya.

Di sebelah rumah neneknya itu ada sebuah surau kecil yang diperbuat dari kayu dan ia hanya hidup pada waktu solat Magrib, Insya dan juga Subuh, itupun kalau ada orang yang datang. Pada waktu zohor serta asar, surau tersebut mati.

Pada malam hari tersebut, pencerita mengikut ayahnya menunaikan solat magrib ke surau. Ada lebih kurang 5 jemaah lain yang terdiri daripada orang-orang tua kampung itu turut sama ke surau pada malam itu. Salah seorang daripada para jemaah melaungkan azan apabila masuknya waktu magrib.


Setelah azan dilaungkan masing-masing bersolat sunat. Setelah semua selesai solat sunat, masing-masing menunggu dan menunggu untuk solat magrib. Si pencerita hairan kenapa solat magrib masih tidak dilakukan. Rupanya tiada seorangpun yang sanggup untuk ke depan menjadi imam. Orang yang biasa mengimamkan tak hadir pada malam itu.

Semua menunggu kalau-kalau imam akan muncul. Ada yang termenung kat tingkap dan ada juga yang menyalakan rokok merenung jauh sambil menunggu kat luar.. Si pencerita hanya memerhatikan dengan perasaan pelik termasuklah ayahnya, setia menunggu. Mereka menunggu sehingga hendak habis waktu magrib.

lalau salah seorang mencadangkan pada semua untuk menunggu lagi 5 minit. Dia berkata kalau dalam tempoh lima minit itu ada sesiapa yang datang ke surau, akan kita paksa dia untuk menjadi imam. Kalau tidak masing-massing solat magrib sendiri-sendiri saja. Semua bersetuju.

Nak dijadikan cerita tiba-tiba muncullah seorang remaja dengan basikal buruknya tergesa-gesa ke surau untuk menunaikan solat. Ketika dia sedang menongkatkan basikalnya, menerpalah 2 orang daripada jemaah memberkas remaja tersebut lalu mengusungnya ke tempat imam..."jadi imam!" seru salah seorang dari mereka dengan garang sedang salah seorang beriqamah.

Lalu remaja itu dengan agak terketar sedikit dan gugup terus mengangkat takbiratul ihram dan memulakan solat. Semua yang lain mengikut di belakangnya termasuklah si pencerita tadi. Kagum juga dia pada remaja tersebut kerana berani menjadi imam tanpa berdolak dalih.

Bertambah kagum si pencerita apabila remaja itu membaca fatihah dengan kuat dan terang serta lancar sekali dituruti dengan surat lazim yang sederhana panjang. Maka bersolatlah semua diimami remaja itu dengan lancar serta jayanya sehinggalah ke salam yang kedua. Selesai memberi salam remaja itu membacakan doa yang walaupun ringkas tetapi lancar dan terang. Bertambah kagum si pencerita melihatnya.

Lalu ketika bersalam-salaman masing-masing menyatakan pujian mereka pada si remaja itu maka salah seorang bertanya padanya. "Anak siapa kamu ni?, sedap bacaan kamu tadi!" pujinya.

Si remaja dengan cepat menjawab, "itu saya baca masa tak ada air sembahyang, kalau ada air sembahyang lagi sedap!" katanya bangga. Terangguk-angguk semua yang hadir. Berkata salah seorang dari mereka, tak apa, solat insya nanti ambil air sembahyang dan jadi imam sekali lagi. 

Selesailah masalah imam pada malam itu dan pulanglah si pencerita dengan seribu satu kenangan dan pengalaman yang berharga. Begitulah susahnya untuk mencari orang yang sanggup menjadi imam. Perkara yang sama masih lagi berlaku di surau-surau. Tak ramai yang berani ke depan untuk menjadi imam.

Moral ceritanya...sendiri fikirkan!
Share on :

2 comments:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License