Bahasa Arab Yang Di-Melayukan - Kita Mungkin Terlibat Mengamalkannya !

Saturday 27 August 2011

Banyak perkataan-perkataan arab yang telah kita adaptasikannya dalam kegunaan seharian kita. Pernah kawan berbangsa Arab memberi komen bahawa orang Melayu sudah tentu lebih cepat belajar bahasa arab memandangkan banyak perkataan arab sudah biasa bermain dilidah kita.

Tetapi kalau kita biasa belajar daripada guru yang memberikan penekanan terhadap sebutan-sebutan perkataan arab ketika beribadah, kita tentu pernah ditegur agar menyebut semua perkataan arab dengan lidah arab. Maknanya kena sebut betul-betul sebagaimana ejaannya. Kerana setiap huruf perkataan arab begitu juga perbezaan baris atas atau bawah dan juga panjang pendek sebutan boleh merubah makna perkataan tersebut.

Berikut beberapa perkataan yang telah terbiasa bagi orang melayu menyebutnya dengan telo Melayu. Samada kita sedar atau tidak kita sendiri tanpa disedari sering menyebutnya secara spontan...kalau bukan dalam solat mungkin tak apa juga tapi kalau di dalam solat ia boleh membuatkan ibadah kita menjadi sia-sia.

  1. Bismillahirrahmanirrahim - kita biasa dengar orang baca 'semillahirrahmanirrahim'. Dengar sedap macam tak ada apa-apa masalah tapi kita telah menghilangkan huruf 'ba' di depan dengaan menggantikannya kepada huruf 'sin'. Ini cukup biasa terjadi walaupun kadangkala imam pandai baca Quranpun sering sebut begitu.

  2. Allahu Akbar - ada juga orang sebut, 'Allahu Akbaaaar'. Mungkin sukar nak pasang niat ketika takbiratul ihram membuatkan dia memanjangkan harakat 'bar' menjadi ;baaaar' yang merubah sama sekali maksud sebenar perkataan.

  3. Muhammad - Menjadi Muhammaaaaaad, entah kenapa ramai yang memanjangkan sebutan 'mad' menjadi 'maaaaad'. Mungkin kerana nak buat lagu tapi tak reti mana pendek mana panjang. Biasa kita dengar masa selawat selepas solat terawih.

  4. Assalamu'alaikom - Ini selalu sangat orang melayu sebut dengan penuh manja menjadi 'so'ekommmm' entah apa maknanya kena tanya orang yang menyebutnya.

  5. Alham Dulillah - Dalam bacaan fatihah ramai yang menyebutnya sebagai 'Alaaham Dulillah' mungkin dia tak perasan kerana nak bagi sedap sebut jadi begitu.

  6. An 'Am Ta'alaihim - Juga dalam bacaan fatihah ramai yang menyebutnya sebagai 'An na 'Am ta'alaihim'

  7. La hau lawala quu wa ta illa billahi - Ada yang dengan serius menyebutnya sebagai 'La hau lawala' sahaja tanpa menghabiskannya. Ada juga yang lebih lucu pernah saya dengan dengan menyebutnya sebagai 'la  qola qola'.

Banyak lagi kalau nak disenaraikan tapi yang di atas adalah lumrah yang sering kita dengar. Wallahu'alam. Moga ada manafaatnya.
Share on :

1 comment:

  1. adalah tanggungjawab yang tahu betulkan kesilapan melayu yang buat silap -there and then.

    Jadi melayu yang ekau telah ajar akan ajr melayu lain yang buat silap.

    saya pernah kena sound pasal beri salam lekom chincai aje. Ustad perkim tegur aku jam tu jugak.

    Jadi aku pun belajar.

    Satu kurafat yg melayu opiser, pompuan dan juntan kerap buat -

    habis cakap , di akhiri dengan '...touch wood ..'

    Ada satu meeting dengan pegawai dari trade- aku sound kat dia-

    'we are muslims. No touch wood thingy in islam. comprehende?'


    teruskan aktiviti betulkan melayu nih

    syabas dan salam

    k k k

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License