Haram Beri Zakat Pada Pusat Kebajikan Kelolaan Artis Celebriti - Ulama Pakistan

Thursday 25 August 2011

Memberikan zakat pada organisasi kebajikan yang di anjurkan atau di uruskan oleh para artis atau celebriti terkenal adalah haram. Begitulah jawapan para ulama Pakistan apabila diajukan soalan mengenai perkara tersebut.

Ini berikutan keghairahan para celebriti menganjurkan berbagai program kebajikan bagi mengutip derma serta zakat di sana apabila menjelangnya bulan puasa.


Cara kehidupan para artis yang lansung tidak menggambarkan ciri-ciri mereka membudayakan Islam dalam hidup mereka tidak menjamin bahawa wang yang mereka himpun akan tidak disalah gunakan. Oleh itu mereka tidak layak untuk menerima duit zakat walaupun kononnya mereka mahu membuat kebajikan kepada orang susah.

Di negara kita juga tidak kurang aktiviti kutip derma atas nama kebajikan bagi membantu itu dan ini di anjurkan oleh para artis terkenal. Tapi belum ada lagi yang berani kutip duit zakat atas nama kebajikan.

Persoalannya adakah elok atau sesuai kita memberikan derma pada aktiviti-aktiviti anjuran para artis glamour yang terdedah sana terdedah sini serta skandal sana skandal sini, setiap kali mereka menganjurkan program kebajikan bersama artis.

Top seminaries prohibit Zakat for celebrity-run charities – The Express Tribune
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License