Bahasa Melayu Dianggap Umpama Sampah Dalam Dunia Pekerjaan ?

Tuesday 23 August 2011

Apalah malangnya Bahasa Ibunda kita. Semakin hari semakin tertekan dengan penjajahan Bahasa Inggeris yang sekarang ini dianggap sebagai bahasa bangsawan di atas muka bumi ini.

Kepentingan Bahasa Inggeris ini diakui penting dari segi komersial dan ia diterima pakai oleh oleh para pimpinan negara, para menteri, pemimpin korporat, konglomerat, para ilmuan dan sebagainya samada lokal maupun antarabangsa.

Saya dengar, semua mesyuarat sesama para menteri dan para profesional yang mengendalikan kajian strategik negara begitu juga mesyuarat kebanyakan kementerian sentiasa menggunakan bahasa inggeris.

Saya yakin bapak-bapak menteri kita sepanjang berkhidmat sebagai menteri akan lebih banyak dan jauh lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu. Sudah tentu bahasa pertuturan keluarga mereka sendiri di rumah juga adalah Bahasa Inggeris.


Apa yang boleh disimpulkan di sini ialah Bahasa Melayu telah menjadi umpama sampah yang tidak berguna di negara kita sendiri dan telah jatuh rendah martabatnya di dunia pekerjaan. Tiada sesiapa yang akan dibanggakan jika hebat berbahasa Melayu. Sebaliknya mereka yang berterabur berbahasa Inggeris akan dipandang hebat dan ada kelas semata-mata kerana dia bertutur Bahasa Inggeris.

Para remaja kita yang fasih bertutur Bahasa Melayu dan mempunyai sijil akademik yang bagus tetap akan terpinggir jika Bahasa Inggerisnya lintang pukang seperti orang hutan. Tak ada nilai komersial lansung mereka yang tidak reti berbahasa Inggeris, macam sampah lebih kurang tarafnya.

Menariknya jika ada di kalangan kita yang lemah Bahasa Inggerisnya, tetapi fasih berbahasa tionghua, akan lebih laku mendapatkan peluang pekerjaan. Dari logiknya seolah-olah Bahasa Inggeris nombor satu, Bahasa Cina nombor dua dan Bahasa Melayu berada di nombor tiga!

Kepada siapa lagi yang mampu kita menaruh harapan untuk memartabatkan bahasa kita agaknya...kepada bapak-bapak menteri...? apatah lagi jika universiti tertua negara kita sendiri kini sedang bertukar menjadi seperti universiti di Kota London.

Tengok video ini:



Bahasa jiwa bangsa, jika jiwanya melayu makan keluarlah dari mulutnya bahasa melayu, sebaliknya jika yang keluar dari mulutnya adalah bahasa inggeris sudah tentu jiwanya juga ada bau-bau inggeris.

Memang susah untuk kita memartabatkan sesebuah bangsa jika tiada kekuatan ekonomi dan kekuatan ilmu yang kuat. Jadi apa agaknya yang utama, memperkasakan bangsa dahulu dengan mengorbankan bahasa atau memperkasakan bahasa dahulu dan mungkin akibatnya bangsa terkorban....?


Share on :

1 comment:

  1. Aku benci kejahilan UMNO23 August 2011 at 00:31

    Tak boleh diharapkan UMNO untuk mempertahankan bahasa Melayu. Tulisan jawi yang menjadi identiti Melayu dan hubungannya dengan Islam pun lenyap penggunaannya. Kita wajar malu pada Cina dan India di negara kita yang tulisan dan bahasa mereka masih utuh walaupun berada di negara yang asing.

    Lihat sahajalah perjumpaan Najib dengan pemegang biasiswa JPA, ucapannya dilakukan di dalam bahasa Inggeris... memalukan... cukup memalukan bagi sebuah parti kebangsaan yang kononnya mempertahankan hak-hak melayu gagal menterjemahkan perjuangan mereka dalam mempertahankan bahasa bangsa sendiri... semoga Allah menjahanamkan UMNO/BN.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License