Seks Memang Penting, Siapa Nafikannya Pembohong Besar !

Thursday 9 June 2011

Presiden kelab isteri taat, Dr Rohaya Mohamad
Satu Malaysia gempar apabila kelab isteri taat ditubuhkan oleh Global Ikhwan Sdn Bhd, yang sebelum ini juga mengejutkan orang ramai dengan penubuhan kelab polygami.

Salah satu promosi atau penekanan yang diketengahkan oleh kelab isteri taat adalah tentang kepuasan hubungan seks suami isteri.

Dari situ maka ramailah yang melenting samada lelaki maupun perempuan membantah persepsi ahli kelab yang menganggap isteri sebagai alat seks kepada golongan suami.

Antara yang melenting seperti biasa adalah para penggiat sister in Islam, puteri Umno, wanita Umno dan juga Datuk Dr Mashitah, timbalan menteri di jabatan perdana menteri. Baca sini.


Kenapa kita perlu marah pada mereka yang bercita-cita menjadi seorang isteri yang taat? dan amat pelik sekali apabila isteri yang berusaha mahu memuaskan nafsu seks suaminya ditempelak dengan hebat dengan berbagai alasan. Dimana salahnya menghidangkan layanan seks yang hebat pada suami, lebih-lebih lagi pada pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga.

Jika kita lihat secara ikhlas, bermulanya perkahwinan adalah berkisar kepada keinginan seks. Keinginan seks terbentuk secara semula jadi kepada semua manusia terutamanya pada golongan lelaki.

Kalaulah Allah tidak jadikan keinginan seks tersebut alamat sunyilah muka bumi dari makhluk yang bernama manusia. Manusia membiak beranak-pinak memenuhi muka bumi hasil daripada wujudnya keinginan seks tersebut.

Sebagai seorang muslim, salah satu daripada sebab ia berkahwin adalah kerana desakan melepaskan keinginan seks yang wujud secara fitrah. Keinginan itu mahu disalurkan secara halal yang dibenarkan oleh syarak. Itu proses normal apabila kita meningkat dewasa.

Lanjutan daripada perkahwinan tersebut maka dapatlah nafsu seks disalurkan secara bersih dan halal yang mana dengan izin Tuhan lahirlah zuriat berupa anak-anak menjadi waris kepada pasangan yang berkahwin.

Dengan terbentuknya keluarga, maka lahirlah perasaan kasih sayang dan rasa tanggung jawab bagi memelihara anak-anak sebaik mungkin. Bermula dari situ dunia perkahwinan menjadi lebih luas kepada pasangan suami isteri.

Selain daripada seks, perkahwinan kini menuntut kepada kesabaran mencari nafkah hidup, kesabaran mendidik, menyediakan tempat perlindungan dan lain-lain seumpama dengannya. Ini bermakna dunia rumah tangga berkembang kepada hal-ehwal selain seks pada peringkat kedua berumah tangga.

Kalaulah ada sesiapa yang menafikan bahawa seks itu tidak penting pada pasangan yang berumah tangga pada peringkat awal terutamanya pada kaum lelaki, sungguh orang itu hipokrit dan mati pucuk.

Janganlah kita nafikan kepentingan seks pada kaum lelaki. Satu dunia tahu perkataan yang paling teratas menduduki senarai perkataan carian di enjin pencarian internet adalah perkataan "seks". Baik di negara kita, mahupun di negara barat. Baik negara umat Islam mahupun di negara bukan umat Islam.

Alasan lelaki berpeleseran dan melanggan pelacur walaupun isterinya taat bukanlah alasan untuk menolak hasrat para isteri yang berusaha menjadi isteri yang taat.

Bacalah sejarah dunia dari dulu sampai sekarang, manusia naik dan turun tewas dan menang, mati dan hidup tak pernah sunyi daripada cerita seks. Seks, seks, seks, memang penting dan menjadi trade mark manusia sejak zaman purba sampai sekarang. Hanya mereka yang hipokrit dan control hensem saja yang menafikannya.

Amalkan seks secara sihat dan dibenarkan syarak, nescaya hidup anda lebih bermakna !!!
Share on :

3 comments:

  1. Saudara,
    Satu penulisan yang jujur dan terbuka.Mohon kebenaran untuk dipostkan ke blog MR.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih dan Dialu-alukan.

    ReplyDelete
  3. walaupun lum kawen..saya amat setuju..x de salahnya...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License