FIFA Haramkan Pakaian Tutup Aurat Pasukan Bola Wanita Iran !

Thursday 9 June 2011

Pakaian menutup aurat tidak diizinkan oleh FIFA !
Harapan untuk bermain dalam sukan olimpik di London 2012 akan datang ini tinggal kenangan bagi pasukan bolasepak wanita Iran apabila FIFA memutuskan pakaian menutup aurat pemain wanita Iran melanggar etika atau kod pemakaian yang dibenarkan oleh FIFA.

Pada jumaat lepas perlawanan penting pusingan ke-2 antara Iran dan Jordan dibatalkan oleh pengadil atas alasan pasukan wanita Iran datang bermain dengan pakaian menutup aurat. Mereka datang berpakaian sukan lengkap dengan track suit, berlengan panjang, dan menutup kepala dari rambut sehingga ke leher.


FIFA menggariskan undang-undang yang melarang sebarang manifestasi dalam apa saja bentuk yang boleh menggambarkan pegangan agama, politik, perniagaan atau kepercayaan peribadi dalam permainan atau peralatan atau kelengkapan pasukan.

Bagi FIFA, tiada agama dalam permainan bolasepak. Permainan bolasepak perlu bebas dari kepercayaan agama dan cara hidup. Mungkin mereka mahu menekankan bahawa permainan bolasepak itu sendiri adalah satu agama atau anutan manusia.

FIFA nampaknya berjaya menjadikan bolasepak itu satu anutan baru bagi manusia. Lihatlah betapa fanatiknya peminat bolasepak. Lihat saja pertandingan piala dunia, satu dunia berjaga, bercuti demi menyaksikan pertandingan tersebut.

Lihat bagaimana tebalnya sokongan pasukan liga perdana inggeris di negara kita, ada yang betul-betul fanatik dengan pasukan pilihan mereka. Mereka yang berkopiah dan berserban juga tidak ketinggalan menggilai permainan bolasepak.

Minatlah bolasepak sekadar aktiviti sukan bagi menyihatkan tubuh badan saja. Ini bermakna anda perlu melibatkan diri dalam permainan tersebut dengan menyertai permainan. Menyokong pasukan-pasukan tertentu dalam pertandingan adalah untuk menjalinkan semangat bersaing sesama kita secara positif.

Janganlah sampai anda sendiri tidak pernah bersukan, perut boroi, stamina zero, nafas pendek, kuat makan dan langkah kaku, tetapi menyokong pasukan MU (atau lain-lainnya) sehingga ke tahap berani mati. Itu namanya kerja sia-sia dan lansung tidak berfaedah.

Baca maklumat asalnya di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License