Ramai Yang Meracau Dengan Barisan Baru Kepimpinan Pas

Tuesday 7 June 2011

Media-media propaganda Umno masih lagi sibuk membicarakan perubahan besar yang berlaku pada parti yang paling mereka takuti, Pas.

Walaupun muktamar Pas sudah beberapa hari berlalu dan pemilihan berjalan dengan lancar dan hebat sekali, mereka masih tak henti mengulas dan memperlihatkan rasa terkejut mereka.

Antara perkara yang paling melucukan adalah reaksi Umno yang merasa kecewa kononnya Pas sudah meninggalkan perjuangan Islam mereka.

Mereka meluahkan harapan mereka agar Pas lebih memperkatakan tentang perjuangan Islam sebagaimana yang berlaku sebelum ini. Mereka mahu Pas hanya memperkatakan bagaimana mahu menjadikan negara Malaysia sebuah negara Islam. Bagi mereka hanya dengan berbuat begitu barulah Pas menjadi Pas.


Apabila Pas bercakap tentang kerjasama dengan Pakatan, berusaha menjadikan negara Malaysia sebuah negara kebajikan, negara yang lebih adil, negara yang lebih telus dan seumpama dengannya, itu bukanlah daripada ajaran Islam.

Ketika Pas bercakap tentang undang-undang Islam, undang-undang hudud dan lain-lain pada masa dahulu, mereka jugalah yang menyindir bahawa apa yang Pas cakapkan selama ini adalah 'undang-undang Islam Pas', 'undang-undang hudud Pas' dan segalanya yang Pas cakapkan mengenai Islam selama ini dilabelkan sebagai 'Islam Pas'.

Mereka lansung tidak mengiktiraf Islam yang Pas perkatakan selama ini sebagai Islam yang diterima oleh mereka. Malah mereka mendakwa apa yang mereka buat itulah, Islam sebenar-benarnya.

Yang paling menyeronokkan sekali adalah kenyataan Mukhriz hari ini yang menyebut barisan baru kepimpinan Pas kali ini memberikan kelebihan kepada Umno untuk menang.

Katanya barisan yang ada sekarang ternyata adalah sama sahaja dengan barisan kepimpinan Umno, jadi dalam pilihan raya nanti sudah tentu rakyat akan memilih Umno kerana antara Umno dan Pas sama sahaja.

Nampaknya Mukhriz lansung tidak memerhatikan bagaimana berbezanya antara pemimpin Pas dengan pemimpin Umno selama ini. Bezanya umpama langit dengan bumi lebih-lebih lagi dalam hal amal ibadah mereka, dalam budaya berucap mereka, dalam budaya pergaulan mereka dan juga dalam budaya pergaulan mereka.

Mungkin memang betul ada satu persamaan antara pemimpin Pas dengan pemimpin Umno sebagaimana yang diperkata oleh Mukhriz. Mereka semua amat komited cuba melaksanakan kerja-kerja mereka sebaik mungkin. Kesungguhan itulah yang meyamakan mereka.

Tetapi  pemimpin Pas bersungguh melaksanakan amanah agar mendapat keredhaan Allah, manakala pemimpin Umno bersungguh melaksanakan tugas mereka bagi mengekalkan kekayaan dan cara hidup mewah mereka.
Share on :

6 comments:

  1. UMNO meracau sebab calun-calun yang didokong UMNO kalah.Dalam pemilihan AJK Pusat pun calun-calun mereka dapat undi kurang berbanding dengan calun-calun anti UG.Cuma disayap yang lemah(Pemuda PAS) sahaja puak UG dapat bernafas.

    ReplyDelete
  2. Statement paling gabann 'angkat bakul' pernah alu dengar..... mari kita tengok siapa yang kena......

    ReplyDelete
  3. ada jugak geng meracau terlepas kat sini !

    ReplyDelete
  4. Bukan meracau, tetapi rakyat dah pandai memilih. Jika dah tiada para ulama di dalam barisan tertinggi PAS, menunjukkan bahawa PAS terikut2 dengan cara UMNO. Jadi sekarang rakyat akan kata sudah tiada perbezaan di antara PAS dengan UMNO. Jika UMNO ada MCA, PAS pula ada DAP. Jika UMNO tiada ulama, PAS pun sama juga tiada...so sudah tiada perbezaan.

    ReplyDelete
  5. Pas ada majlis syura, majlis kuasa tertinggi dalam parti, tapi Umno ada MT juga kuasa tertinggi parti.

    Majlis syura hanya layak diisi oleh ulama, jadi ulama sentiasa berada dikemuncak segala kuasa dalam parti Pas, sedangkan MT Umno biasanya diisi oleh mereka yang paling banyak tabur duit. mana ada sama Pas dgn Umno?

    Umno tak ada semua tu, macam mana Umno boleh sama dengan Pas pulak...

    Perlembagaan Pas kalau rakyat yang celik politik dan ada akal sudi melihat dan membacanya jelas berbeza dengan perlembagaan Umno. Jadi kat mana pulak Pas sama dgn Umno?

    Presiden Pas kuasa eksekutif tertinggi dalam Pas adalah Ulama dan orang paling berkuasa dalam parti secara hiraki adalah mursyidul am Pas, dan juga timbalan mursyidul am Pas adalah ulama.

    Umno lansung tak ada tempat untuk ulama dalam pimpinan tertingginya. Ulama dalam Umno hanya layak jadi balaci dan ayam sabungan bagi mengelabui akal rakyat.

    Kat mana samanya Pas dan Umno. Jelas kalau rakyat dah pandai mereka akan nampak jelas perbezaannya. Hanya yang meracau dema panas saja tak nampak beza.

    Namun ada yang nampak perbezaan yang disebutkan di atas, tapi mereka lebih suka memilih parti yang meletakkan ulama sebagai balaci upahan peringkat bawahan saja.

    Tepuk dada tanya selera...

    ReplyDelete
  6. yg kurang faham sikit ialah..dulu HAdi (fatwa Hj Hadi) kata UMNO kafir kerana tak gunakan Islam dan lebihkan dunia , berkawan dgn MCA dan MIC dlm perjuangan. Jadi UMNO kafir dan boleh syahid menentang UMNO. Tp kini dari Negara Islam jadi negara berkebajikan (lebih kpd dunia dah..mcm UMNO ) dan partner dgn DAP pulak..jadi mana 1 betul ni..kejap KAFIR kejap Islam..kejap syahid....pada PAS ,tolonglah...asingkan dari DAP..nanti cakap pun dah mcm mereka...teruskan perjuangan PAS yg asal..tetapkan hati terus maju demi Islam dan bangsa Melayu..bukan menumpang DAP laknat tu...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License