Mujahid Paling Sesuai Untuk Jawatan Setiausaha Agong PAS !

Sunday 12 June 2011

Perubahan yang berlaku dalam muktamar Pas baru-baru ini hanya membuktikan apa yang ditulis oleh Dr Mujahid dalam buku kontroversinya "Menuju Pas Baru" memang berlaku.

Dr Mujahid pernah menegaskan antara sebab ia mengetengahkan teori 3 lekuk perkembangan Pas dalam memperkasakan parti adalah agar Pas bersedia menangani perubahan yang bakal berlaku hasil daripada desakan keperluan semasa.

Apa yang diterangkan oleh Dr Mujahid melalui pengamatannya dalam evolusi sejarah pas menunjukkan peningkatan Pas berlaku hasil daripada konflik atau tekanan yang menuntut kepada perubahan. Setiap tempoh kecemerlangan sesuatu strategi itu akan mencapai kemuncak dalam lingkungan 20 tahun.


Apabila kemuncak sudah dicapai, adalah sukar untuk melonjak lebih atas dari itu kerana ia merupakan permulaan kepada penurunan. Oleh itu untuk memastikan kemuncak yang lebih tinggi dapat dicapai maka satu lekuk baru perlu berlaku.

Samada suka atau tidak suka, Pas sebagai sebuah Parti politik yang lama dan matang tidak dapat menghalang perubahan tersebut dari berlaku. Oleh itu perkara bijak yang perlu Pas lakukan bagi menangani perubahan tersebut adalah dengan bersedia untuk menguruskannya agar faedah yang maksimum dapat diceduk.

Memang tepat sekali apabila Mujahid ditanya apa pendapatnya terhadap perubahan struktur kepimpinan serta ucapan Presiden dalam muktamar baru-baru ini ia menjawab, itulah yang telah ditulisnya dalam buku "menuju Pas baru".

Dalam buku tersebut Mujahid merangka beberapa langkah perlaksanaan bagi menangani perubahan pemerkasaan Pas. Boleh rujuk bukunya untuk maklumat lanjut.

Memandangkan Mujahid telah lebih awal memikirkan usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi menangani perubahan yang bakal berlaku, tidak ada orang lain yang lebih layak untuk menjawat jawatan SU melainkan orang yang memang telah bersedia lebih awal merangka strategi implimentasi pemantapan parti. Sudah tentu ianya tidak lain dan tidak bukan adalah Dr Mujahid.

Mujahid telah berjaya membuktikan keupayaannya menggerakkkan DHPP sehingga menjadi salah satu sayap Parti, tidak mustahil pengalaman tersebut dapat digunakan ke peringkat yang lebih besar lagi. Wallahu'alam.
Share on :

4 comments:

  1. Taufek Abdul Ghani

    ReplyDelete
  2. Saya amat bersetuju dr. mujahid ada lah calun yang paling layak memangku jawatan tersebut kerana keterbukaannya, saorang ulama yang berjiwa rakyat yang professional.maka amat layak lah dr. diberi peluang kejawatan tersebut.

    ReplyDelete
  3. Dr. Mujahid lebih profesional dan berketrampilan sebagai SU AGUNG PAS, mempunyai minda kehadapan seperti kehendak wawasan penyatuan PR. Tutur serta pendapat politik selari dengan perubahan sebagaimana SU PKR & SU DAP. Dengan perlantikan beliau akan menambah impak dan terkesan kepada BN.

    ReplyDelete
  4. Mungkin lain kali pulak...Cikgu Pas kekal sebagai SU

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License