Jawatan Setiausaha Agong Pas Kekal - Cikgu Pa Sambung Lagi Satu Penggal

Sunday 12 June 2011

Mesyuarat pertama Pas selepas muktamar hari ini sebulat suara mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai SU untuk satu lagi penggal. Presiden nampaknya masih mahu mengekalkan cikgu Pa walaupun cakap-cakap belakang mengatakan cikgu Pa perlu disingkirkan bagi memastikan irama kerajaan perpaduan terus terkubur.

Namun terdapat 5 pertukaran PJ bagi 4 negeri iaitu Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Terengganu. Berita gembira buat semua peyokong perubahan di Selangor yang menyaksikan Datuk Dr Hassan Ali telah digantikan oleh Dr Abd Rani Osman. Di Terengganu pula Datuk Harun taib digantikan oleh Mohd Abdul Wahid Endut.


Ustaz Idris Ahmad digantikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai Ketua Penerangan. Walau macam manapun Ustaz Idris di serap masuk ke jawatan kerja pusat. Kebiasannya mereka yang dilantik sebagai ketua penerangan akan berjaya melonjak ke jawatan yang lebih tinggi apabila bertanding dalam muktamar pemilihan, tapi ini tidak berlaku pada Ustaz Idris menunjukkan dia tidak pandai (atau tak mahu) menggunakan kedudukannya sebaiknya.

Hassan Ali
Tentang Mustafa Ali yang dimarah oleh sesetengah orang Pas kerana menganggap ia kepala kerajaan perpaduan, saya berpendapat ia hanya melaksanakan ketaatannya pada presiden sebaik mungkin. Apa saja isyarat yang diberikan oleh presiden akan dilaksanakan oleh SU sebaik mungkin bagi menjayakannya. Cuma malangnya presiden sendiri tidak tegas dengan hasratnya membuatkan cikgu Pa yang menjadi sasaran.

Harap sekali ini segala keputusan yang telah dibuat dalam muktamar dipegang dan diikat rapi oleh semua pemimpin dan Presiden perlu memastikan kemaraan tidak lagi membelok ke kiri atau ke kanan. Saya percaya Cikgu Pa mempunyai keupayaan sebagai pelaksana yang amat cekap dan berkesan asalkan hala tuju mendapat sokongan padu dari semua pihak.

Baca kat sini atau di sini untuk maklumat lanjut.
Share on :

1 comment:

  1. harap ahli ahli berdoa terhadap semua pemimpin PAS pusat yang menang supaya menjadi pemimpim yang berjaya dan berwibawa serta bertanggjawab menjalankan tugas dan mecapai kejayaan. Harap doa tiap-tiap lepas sembahyang selain doa untok diri dan keluarga.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License