Pilihlah Aku ! - Mat Sabu

Monday 23 May 2011

Pilihlah aku....! (Broery Marantika)
Mat Sabu mengesahkan ia akan bertanding merebut jawatan timbalan presiden Pas. Pencalonan yang diterimanya amat menggalakkan. Dikatakan ia menerima 70 pencalonan berbanding 40 sahaja yang diterima penyandang jawatan tersebut sekarang Ustaz Nasha.

Walaupun jumlah pencalonan dirahsiakan tapi nampaknya rahsia itu menjadikan satu peluru kepada Mat Sabu untuk para peminatnya bubuh jumlah pencalonan yang dia dapat ikut sedap rasa.

Mat Sabu telah berkali-kali menyatakan dia amat bersedia untuk menjawat jawatan tersebut walau apapun halangannya. Ketika ditanya samada dia akan meneruskan jika Tuan Ibrahim Tuan man bertanding sama, dia dengan yakin menegaskan siapa saja yang masuk tidak akan memadamkan hasratnya untuk bertanding.

Kenapa Mat Sabu perlu dipilih?

  1. Mat Sabu mahu membantu presiden.
  2. Membantu pakatan rakyat menjalinkan hubungan yang lebih erat terutamanya antara Pas dan 'bukan melayu'.
  3. Merapatkan jurang antara Pencinta Islam dengan 'bukan Islam.
Kalau dilihat senario Pas sekarang, sebenarnya Pas tidak ada masalah dengan pengundi bukan Islam. Orang Cina terutamanya penyokong DAP sedikitpun tidak ragu-ragu untuk memberikan undi pada Pas di mana-mana pertandingan.

Yang menjadi masalah besar kepada Pas sekarang adalah undi orang Melayu. Jika Pas berjaya meningkatkan undi orang Melayu, kemungkinan Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU yang akan datang amat cerah sekali. Tapi malangnya undi orang melayu telah banyak beralih kepada Umno.

Oleh itu Mat Sabu perlu memikirkan semula perancangannya jika menang menjadi timbalan presiden. Dia perlu melihat bagaimana mahu menambahkan undi orang Melayu pada Pas dengan meyakinkan orang Malayu bahawa kerjasama antara Pas dengan DAP serta PKR adalah kerjasama yang bijak dan betul.

Mat Sabu going for deputy post
Share on :

1 comment:

  1. Kenapa baru sekarang nak buat 3 per tu?

    Non muslim / bukan melayu tanpa ragu2 menyokong PAS semata kerana tauladan secara berhikmah & lembut dari TGNA.

    Kami lebih setuju jika TITM, Husam musa & yg sekutu dgnya menang.

    Gua bimbang Kalau ust nasha & abg mat menang org makin jauh dari PAS.

    Pls la abg & ust nasya. Bagilah laluan kpd org lain yg lebih dinamkik, pragmatik, berwawasan.

    Kita nak agenda ekonomi Dato Husam Musa & the gang.

    Tak kan nak ikut umeno yg dah nak tumbang. PAS janganlah nak menumbangkan diri sendiri.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License