Kenapa Tidak Boleh Percaya Pada Makanan Kesihatan 'Direct Selling'

Friday 27 May 2011

Salah satu cara nak kaya cepat adalah dengan menubuhkan sebuah syarikat direct selling. Sebuah syarikat direct selling yang mahu berjaya perlulah mempunyai satu produk yang hebat bagi menarik orang ramai membelinya.

Produk hebat yang membuatkan pelanggan meyebarkannya dari mulut ke telinga sambung menyambung amat mudah dicipta melalui barangan kuat seks.

Untuk mendapatkan kelulusan daripada kementerian yang berkenaan amat mudah, masukkan dahulu segala resepi yang diizinkan untuk mendapatkan kelulusan, setelah lulus, pasarkan produk yang telah diubah suai dengan memasukkan barangan terlarang bagi merangsang kekuatan seks.


Dadah atau bahan terlarang mudah saja untuk diseludup dari pasar gelap atau dari negara jiran, jadi tak timbul masalah untuk bekalan pembuatan.

Ramai orang Malaysia sekarang amat mementingkan kesihatan. Tubuh badan mahu tip-top, tenaga dan stamina mahu kuat, tapi malas bersenam dan mengawal pemakanan. Kalau ada syarikat yang menghulurkan barangan yang menjanjikan semua itu sudah tentu laris. Ini membuka lubang rezeki pada pengaut untung

Jumlah orang kena kencing manis dan darah tinggi amat menggalakkan sekarang ini, terutamanya apabila umur mula meningkat ke 40-an. Menyesal sudah tiada gunanya, tapi gaya hidup pantang diubah, makan belasah ikut nafsu seperti biasa.

Tambahan pula ada produk pemakanan yang didakwa mampu mengawal kesan penyakit tersebut, ramai yang terus beli tanpa fikir panjang. Nak buat macammana, nak kekal sihat kononnya. Ini satu lagi peluang besar bagi si pengaut untung. maka bersepahlah syarikat direct marketing dengan produk makanan tambahan yang hebat-hebat.

Baca laporan serbuan produk tipu kat sini.

Sebenarnya tak perlu semua itu. Apa yang kita semua perlukan hanyalah rajin berjalan kaki sekurang-kurang 3 kali seminggu setengah jam setiap kali. Makanlah sayuran berbagai warna setiap hari pagi petang dan malam. Makanlah banyak buah-buahan. Kurangkan makan karbohidrat seperti nasi dan seumpamanya.

Yang paling penting sekali makan hanya bila lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Anda jimat beribu ringgit dan jiwa anda akan lebih tenang. tak percaya cubalah.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License