DAP Lancar Roketkini.com Bagi Mendekati orang Melayu

Saturday 21 May 2011

Roketkini.com akan dilancarkan Isnin ini, 23/5/11
DAP akan melancarkan portal web mereka Isnin ini yang disediakan dalam bahasa Malaysia bagi menarik kaum Melayu mendekati parti tersebut.

Banyak maklumat mengenai DAP tidak sampai kepada orang Melayu terutamanya orang kampung selama ini. Apa yang orang kampung tahu hanyalah, DAP bekerjasama dengan Pas dan PKR. Apa yang DAP buat dan bagaimana falsafah parti mereka tiada yang ambil peduli.

Bagi mereka yang menyokong Pas, mereka ikut sahaja turut sama menyokong DAP kerana Parti yang mereka sokong adalah kawan kepada DAP.

Tetapi apabila didakyah bahawa DAP itu parti hanya untuk kaum Cina dan mereka sebenarnya mahu menghilangkan kuasa orang melayu maka ada juga sebilangan orang melayu yang termakan dengan dakyah tersebut dan mula beralih kepada BN. Penolakan orang melayu kepada DAP bertambah menjadi-jadi apabila mereka dituduh sebagai membenci Islam.

Mungkin selama ini DAP mengharapkan PAS atau PKR untuk menolong mereka mendekati orang Melayu dan menerangkan bahawa DAP bukanlah sebagaimana yang didakyah oleh media semasa. Namun nampaknya itu semua tidak berlaku dan akhirnya DAP tidak boleh mengharapkan PAs atau PKR buat kerja untuk mereka.

Jalan penyelesaian yang paling mudah adalah dengan menjadikan DAP sebuah parti berbilang bangsa dan tidak didominasi oleh satu bangsa sahaja. Mungkin itulah strategi jangka panjang mereka untuk terus relevan dalam pesada politik tanah air.

Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License