Peluang Untuk "Chat" Bersama Anwar Ibrahim Khamis Ini Secara Live Di Yahoo!!!

Tuesday 17 May 2011

Peluang untuk semua pengguna Yahoo berinteraksi secara live dengan ketua pembangkang pada hari khamis ini 19 May 2011, pukul 1130 pagi.

Sesi soal jawab bersama Anwar Ibrahim itu akan berlansung selama sejam. Semua yang ada soalan terbuku dihati jangan lupa mengikutinya hari khamis nanti.

Soalan boleh ditanya dalam bahasa malaysia atau bahasa inggeris dan mestilah padat tetapi ringkas.

Yahoo menganjurkan sesi ini bagi membolehkan semua orang terutamanya rakyat biasa berinteraksi dengan seorang ahli politik yang paling hebat pernah dilahirkan di negara kita.

Hebat dan tidak dapat ditandingi oleh orang lain bagaimana ia memecut naik kepuncak kejayaan dalam masa yang singkat sejak masuk Umno pada 1982 sehinggalah ia menjunam jatuh juga seperti komet pada tahun 1998.

Walaupun jatuh dengan teruk, masuk keluar penjara, naik turun mahkamah dan diselaputi dengan berbagai tuduhan tak henti-henti, dia kembali mengorak langkah memimpin satu Tsunami politik yang tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini.

Ternyata samada anda musuh atau kawan, kehebatan Anwar tidak dapat dinafikan.

Baca maklumat tentang chatting bersama Anwar di bawah ini:
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License