Teori Mudah Kenapa Anwar Tak Sumpah !

Thursday 28 April 2011

Tentu ramai yang terfikirkan sejak dari mula segala fitnah dihamburkan kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim sampai sekarang Anwar tak pernah ambil peduli desakan demi desakan agar dia bersumpah dengan nama Tuhan menafikan segala tohmahan ke atasnya.

Kenapa Anwar berdegil dan berkeras tak mahu layan dengan semua desakan tersebut sedangkan habis semua orang yang beriya-iya menuduhnya tanpa segan silu bersumpah dengan nama Tuhan yang mereka tak taat.

Tentu ramai yang terfikir kenapa Anwar susah sangat nak lafaz sumpah kalau benar-benar dia tak lakukan semua itu. Bukankah mudah jika dia bersumpah, maka habislah selesai semua cerita. kalau dia bersumpah tentu ramai yang akan berpuas hati.

Jika anda berfikir sedemikian maka ternyata anda salah. Walau sebanyak manapun Anwar bersumpah, sekerap manapun dia naik turun mimbar semua masjid yang ada kat malaysia ini untuk bersumpah menafikan segala tohmahan ke atasnya, namun gerakan tohmahan bagi menjatuhkannya tak akan berhenti begitu saja.


Mereka yang mendesak dan mahu menjatuhkannya adalah musuh politiknya. Namapun musuh politik, kalau dia tidak diserang tidaklah kita namakannya musuh. Sampai kiamat selagi mereka itu bermusuh dengannya, segala usaha menjatuhkannya akan dilakukan dengan berbagai cara sehingga matlamat mereka tercapai.

Jadi dengan kepercayaan tersebut, maka cara yang terbaik adalah dengan memerangkap musuh menyerang pada satu sudut yang sama di mana kita sudah jangkakan. Sudut yang kita biarkan musuh menyerang itu merupakan tempat yang disangka paling lemah oleh musuh.

Segala kekuatan serangan akan dirumpukan pada sudut yang disangka lemah tersebut maka lekalah musuh untuk melihat pada sudut-sudut yang lain. Kita lengahkan musuh memberikan tumpuan disitu agar mereka tidak bergerak untuk menyerang pada sudut yang lain.

Serangan yang dijangka adalah lebih mudah untuk ditempis daripada serangan yang tidak dijangka. Jadi sebab itulah Anwar buat pekak dan bodo saja dengan desakan bersumpah. Sekali sekala dia berlakon marah dan tertekan. Itu semua hanyalah umpan bagi membiarkan musuh terus bersangka mereka hampir berjaya menang dalam serangan tersebut, jadi mereka terus menyerang tak henti-henti sampai letih.

Begitulah lebih kurang teori mudah kenapa Anwar tak akan bersumpah. Jika dia bersumpah maka musuh akan mula mencari ruang lain untuk melakukan serangan. Ini hanya akan menimbulkan masalah lain yang merbahaya apabila kita tidak dapat pastikan di mana pula kawasan serangan mereka.

Bukankah dari dulu Anwar asyik di serang dengan isu yang sama saja sampai mereka letih. Sampai mereka tak pernah terfikirkan untuk mmempelbagaikan serangan kepada Anwar...biarlah begitu, layan sajalah segal;a gerakan yang berulang-ulang itu bagi mereka gembiran dan leka.
Share on :

7 comments:

  1. Salam,

    Pandangan saudara boleh diterima dan masuk akal. Beratus kali, Anwar bersumpah. puak tersebut tak akan pernah mahu berhenti memfitnah untuk membunuh karektor Anwar. Golongan munafikin begitulah permainan mereka!

    ReplyDelete
  2. Ini andaian syok sendiri pentaksub anwar.Suka-suki buat andaian orang tak percaya.Jangan jadi lembam,bukan semua rakyat sokong umno,malah banyak yg atas pagar yg boleh berubah sokongan pada mana2 parti.Kalau anwar berani bersumpah sudah tentu pandangan rakyat akan berubah.

    Kalau gitu cara mana lagi nak membuktikan dia tak bersalah?Dahlah mahkamah pun korang tak percaya.Suruh bersumpah bg macam2 alasan bodoh.Ingat orang semua tak tahu hukum ke?Bersumpah sama ada dalam mahkamah atau luar mahkamah cuma perkara teknikal.Ulama berselisih pendapat tapi bukan haram.Mengaji lagi kalau tak tahu.

    ReplyDelete
  3. sheikh teluk intan,
    Terima kasih, komen.

    abang joni,
    Insyallah, masih terus mengaji/tuntut ilmu. Terima kasih atas nasihat dan kritik membina.

    ReplyDelete
  4. Kalau bersumpah boleh digunakan sebagai kaedah membuktikan seseorang tak bersalah, nescaya penjara kita akan kosong kerana semua orang akan menggunakan kaedah tersebut. Kalau DSAI bersumpah pun, adakah pendakwaan atas beliau akan digugurkan?..Hanya orang bingai sahaja yang percaya dengan kaedah bersumpah tersebut, terutamanya orang yang malas berfikir!!

    ReplyDelete
  5. Sy percaya bukan Anwar. walaupun begitu, anwar patut bersumpah bg meyakinkan penyokong2nya. Kenapa perlu takut???

    ReplyDelete
  6. abang joni,
    negara kita ada pemerentah ketua pemerentah seorang islam sepatutnya apa bila tibul perkara seperti kes vidio sek dan kes sek luar tabie yang melibatkan orang islam hendaklah dibawa kepada hakim yang mengikut hukum islam yang sebenar yang bersumber quran dan hadis bukan ikut hukum suka hati atau ikut hukum islam hadhari oleh kerana itulah menjadi kewajiban terhadap setiap orang yang mengaku islam memilih parti yang dasarnya adalah islam untuk merentah.

    ReplyDelete
  7. abang joni,
    negara kita ada pemerentah ketua pemerentah seorang islam sepatutnya apa bila tibul perkara seperti kes vidio sek dan kes sek luar tabie yang melibatkan orang islam hendaklah dibawa kepada hakim yang mengikut hukum islam yang sebenar yang bersumber quran dan hadis bukan ikut hukum suka hati atau ikut hukum islam hadhari oleh kerana itulah menjadi kewajiban terhadap setiap orang yang mengaku islam memilih parti yang dasarnya adalah islam untuk merentah.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License