Sumpah Datuk T - Mana Dulu Kita Lihat, Peribadi Penyumpah Dahulu Atau Sumpahnya ?

Friday 29 April 2011

Kalau kecik-kecik dulu, salah satu cara nak melepaskan diri adalah dengan bersumpah. "Sumpah aku tak ambik" itu ayat biasa yang kita pakai bila kawan tuduh kita ambil barang dia.

Biasanya bila dah sampai berani sumpah, kawan akan ambik percaya dan tak akn tuduh lagi. Dari kecil dulu saya ambil berat pasal sumpah ni, walaupun tidak di sebut nama Allah dalam sumpah tersebut, saya tetap takut untuk bermain-main dengannya. Asasnya adalah tak suka menipu tahap tinggi. Tak sanggup pembohong sampai tahap sumpah.

Namun ada dikalangan kekawan yang sumpah diapun tak boleh dipakai, sebab dah kenal sangat sikap dan perangai dia. Sikap yang paling ketara sekali adalah sikap tak jujur dan kaki kelentong. Jenis macam ni sumpahlah dengan apa nama pun kita tak pakai.

Rumusannya adalah walaupun zaman kanak-kanak, kekawan semua dah sedar bahawa sebelum mengambil percaya sumpah seseorang, background si lafaz sumpah adalah asas utama untuk mempercayainya.

Dalam kes Eskay ni, tak tahulah pulak samada orang dewasa secekap kanak-kanak dalam menilai kebolehan pegang sumpah seseorang dengan melihat sikap hidupnya.

Share on :

1 comment:

  1. Pak Tam Mergong29 April 2011 at 23:27

    Ini orang tak ada boleh pakai punya.
    Taawuz salah, syahadah pula pelat macam tak pernah sebut. Pegang Quran pun terbalik macam tak pernah tengok
    Lu rang sendiri pikir la.
    Tuhan dia tak ada takut punya pasal tak ada nampak tapi itu peluru dia banyak takut. Itu sebab dia pakai baju kalis peluru.
    Ini ialah PENGECUT DAYUS tak bole pakai punya. AL MUNAFIKUUUUN mana bole pakai.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License