Kontrak PBT Selangor - Ahli Majlis Minta 10% ?

Tuesday 26 April 2011

Baru habis minum dengan seorang kawan yang cari makan sebagai seorang kontraktor kelas F. Dia baru diberitahu yang syarikat kelas F nya mendapat satu projek di kawasan MBPJ. Harga projek dalam lingkungan RM200 ribu.

Ketika berjumpa dengan pegawai PBT berkenaan dia ditanya samada dia ada mendapatkan pertolongan dengan mana-mana ahli majlis. Kawan saya memberitahu pada pegawai tersebut, tak ada. Dia masuk atas dasar bidaan terbuka melaui syarikatnya yang memang telah lama berkecimpung dalam kerja tersebut dan mempunyai rekod yang cemerlang.

Setelah berjumpa pegawai itu diapun balik untuk menemui saya. Dalam perjalanan dia mendapat panggilan dari seseorang yang tak dikenali memberitahu bahawa kontark yang diperolehinya perlu memperuntukkan bayaran 10% kepada ahli majlis.


Terkejut dengan arahan tersebut, kawan saya lalu berkata, suruhlah ahli majlis yang mahu itu menghubunginya secara terus. Senang untuk dia berurusan. Namun pemanggil memberikan arahan agar dia hanya perlu berurusan dengan pegawai yang dilantik dalam PBT. Dan pegawai itupun ada orang luar yang menguruskan untuknya.

Saya hairan dengan kejadian tersebut. Saya dapat tahu memang itulah yang berlaku pada semua para kontraktor yang mendapat kerja di semua PBT negeri Selangor. Setiap kerja perlu memperuntukkan 10% atau lebih kepada "ahli majlis".

Jika kontraktor enggan bekerjasama, kerja yang dilakukannya bakal mengahdapi masalah. Akan ada saja benda yang tak kena. Para pegawai PBT yang memantau akan menekan kontraktor yang biasanya berakhir dengan kerugian dan denda yang tak munasabah. Ini sudah buka rasuah. Ia lebih berupa ugutan ala samseng dalam hutan rimba tak bertamadun.

Persolannya benarkah ada ahli majlis yang buat kerja begitu atau ia hanyalah mainan pegawai PBT yang menjual nama ahli majlis. Setahu saya di Selangor majoriti ahli majlis terdiri daripada peyokong PR dan amalan sebegitu merupakan salah satu daripada amalan yang ditolak oleh mereka.

Jika para ahli majlis budiman tidak buat semua kerja begitu, bermakna para pegawai PBT yang menjual nama ahli majlis. Ada desas desus yang bergossip mengatakan terdapat pegawai-pegawai PBT yang bertaraf jutawan dengan mengaut kekayaan dari kerja peras ugut sedemikian. Ini akan memburukkan nama ahli majlis dan secara tak lansung memburukkan nama kerajaan negeri yang memerintah. Pukul dulang paku serpih.....

Saya amat berharap ada ahli majlis yang membaca tulisan ini atau mereka yang menjadi kenalan kepada ahli majlis menyampaikannya kepada ahli majlis. Amalan sial begini perlu dibenteras. Kontraktor yang mendapatkan kerja belum tentu akan mengaut keuntungan yang banyak.

Jika tak kena caranya, semua orang lain untung melainkan kontraktor tersebut. Kalau begitu lebih baik jangan buat bidaan. Tak payah pilih bidaan yang paling rendah. Pilih saja kawan-kawan kontraktor mereka yang sanggup buat kerja sial sebegitu dan berikan harga yang lumayan pada semua projek.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License