PAS Perlu Terus Dengan PR Walaupun Jika Benar Anwar Pelakonnya - Mat Sabu

Friday 29 April 2011

Ini pendapat yang paling bernas sekali yang dikeluarkan oleh salah seorang orang kuat Pas. Betul kata Mat Sabu, hal video adalah hal peribadi, tak ada kaitannya dengan Pakatan Rakyat.

Kalau benar Anwar yang berlakon dalam video lucah tersebut, biarlah PKR sendiri yang menentukan kedudukan Anwar Ibrahim dalam parti mereka.

Apa pasal Pas atau DAP nak masuk campur, ia tak ada kena mengena dengan PR. Tengok kes Chua Soi Lek, ia kes Chua Soi Lek bukan kes MCA, terpulanglah pada MCA menentukan kedudukan dia dalam parti, dan semua orang tahu MCA ok saja dengan kes beliau, terus ambil dia jadi tauke besar dalam parti tersebut.

Namun Mat Sabu menegaskan bahawa sebagai orang Islam, Anwar sesekali tidak bersalah selagi tidak didatangkan 4 saksi yang adil yang melihat aksi ranjang tersebut secara "live".

Share on :

1 comment:

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License