1Melayu 1Bumi, Gerakan Lawan 1Cina 1Malaysia

Wednesday 20 April 2011

Tak habis-habis Cina ini dituduh jahat!
Lim Kit Siang hari ini amrah pada Utusan kerana tulisan Zaini Hassan dalam rencana yang bertajuk "Ayuh gerakan segera 1Malayu, 1Bumi" yang menggesa Umno segera menggerakkan usaha pengumpul semua parti politik melayu bagi menentang kebangkitan kaum cina yang kononnya mahu menawan negara. Baca kat sini.

Kita masih terikut-ikut ajaran sesat penjajah yang memecahkan perbezaan mengikut kaum walaupun setelah penjajah meninggalkan kita sejak 1957 lagi. Hari ini ada yang masih lagi melaungkan untuk meneruskan tradisi yang sudah terlewat ini.

Terimalah hakikat, kita dah menerima orang cina sebagai sebahagian dari rakyat Malaysia, tak ada apa lagi yang dapat kita buat untuk menukarkan sejarah tersebut. Usaha menjarakkan hubungan Melayu Cina hanya akan merosakkan hubungan sesama kaum.

Ini semua idea untuk mentohmah Pas sebagai pengkhianat bangsa kerana berkawan dengan DAP !!!
Share on :

2 comments:

  1. Salam buat tuan..

    Biar apa pun suasana keputusan sesuatu pilihanraya tapi hikmahnya perlu dilihat.

    Setiap kita mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza tapi atas maksud memahami dan penyatuan apakah orang Melayu sama dengan orang Cina ?
    Begitu juga jalan perjuangan dan natijah sebenar sesuatu parti politik. Persoalan ini lah yang seharusnyanya menjadi titik persamaan.

    Kalau kita kata Melayu suka berpecah maka barang tentu setiap parti Melayu akan menuding jari mempersalahkan antara satu sama lain.Tapi kenapa tidak parti Cina.
    Dan barang diingat kuasa memerintah adalah dalam majoriti yang diperolehi dalam keputusan sesuatu PRU. Jadi kemana hala tuju parti Islam dan Melayu jika trend perpecahan ini berterusan sedangkan parti Cina mula bangkit dan dapat menguasai setapak demi setapak BUMI ini.......Walahualam.

    ReplyDelete
  2. Salam kembali buat Cikgu Di,

    Melayu tak sesekali sama dengan orang Cina, dari segi budaya, rupa, warna kulit dll seumpama dengannya.

    Tapi Melayu atau Cina sama saja dari segi ada yang jahat dan ada yang baik. Naluri kemanusiaan ada pada semua bangsa.

    Naluri menolong orang yang susah, membantu mereka yang memerlukan, beri makan pada yang lapar, memajukan tanah tumpah darah, menentang anasir luar yang mahu menjajah, membenci penipuan, membenci perkosaan, membenci penindasan, membenci rasuah, membenci salah guna kuasa, membenci penghinaan dan lain lain seumpama dengannya.

    Itulah yang kita Melayu dan Cina kongsi bersama....asalkan kita mengaku dan taat pada tanah air kita, perkara diatas tiada kopromi sesama insan yang berhati mulia.

    Tentang bagaimana mahu kita terjemahkan dan laksanakan dasar murni di atas itu ada perbezaan pandangan...itulah perbezaan pandangan politik kita.

    mari kita bersaing menonjolkan dasar politik siapa yang lebih berjaya menterjemahkan nilai-nilai murni yang kita impikan...jangan sampai terbakar hangus tanah air kita sudahlah...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License