PKR Hidup Disebabkan dan Hanya Untuk Anwar - Daim Zainuddin

Monday 28 March 2011

(PKR) + (PR) - (Anwar) = 'Nil'
Kerana Anwar PKR ditubuhkan, untuk Anwar juga PKR ditubuhkan dan kini kerana Anwar PKR masih ada, apa akan terjadi pada PKR andaikata tiada Anwar.

Daim Zainuddin memberikan komen panjang lebar tentang hubungan Anwar dengan kewujudan PKR khasnya dan juga Pakatan Rakyat umumnya. Baca laporannya di sini.

Hari ini juga seramai 200 orang sami di Pulau Pinang istiharkan keluar dari PKR kerana hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim, tengok sini. Banyak lagi orang-orang lama yang keluar dari PKR kerana sebab yang sama.

Bila cakap saja tentang kekecewaan orang kepada PKR, sudah pasti kekecewaan itu menjurus kepada Anwar Ibrahim. Bila cakap tentang orang masuk PKR, kemasukan itu kerana nak sokong Anwar Ibrahim.

Nampak ada logiknya ulasan Daim di atas, semuanya berkisar tentang Anwar Ibrahim. Patutlah BN hanya memberikan perhatian penuhnya hanya terhadap Anwar Ibrahim, jika dia dilenyapkan dari dunia politik Malaysia, maka semua ikatan persaingan akan terlerai.


Ikatan 3 parti dalam PKR, ikatan 3 bangsa yang masuk dan sokong PKR, ikatan sokongan ahli PAS pada PKR, semuanya akan terurai.

Kata Daim lagi, Anwar ni seorang makhluk yang sepanjang sejarah hidup politiknya sentiasa memakai berbagai wajah dan rupa, macam cerita 'the mask', topeng akan ditukar bergantung kepada kesesuaian keadaan untuk mencapai matlamat politiknya.

Saya setuju amat dengan kenyataan Daim dari segi kebergantungan yang terlalu banyak kepada kehebatan Anwar Ibrahim, habis tenggelam semua orang lain, seolah-olah tak ada orang lain yang lebih layak menerajui pakatan rakyat. Teringin juga nak tengok dia berundur jauh-jauh dari politik negara kita dan ketika itu boleh kita lihat apa akan terjadi pada Pakatan Rakyat, masih hidup atau terus mampus.

Bukan bermakna setuju dengan Daim bahawa semua orang kena sokong BN, minta maaf sajalah, walau apa sekalipun terjadi negara kita tetap memerlukan pembangkang agar sentiasa wujud pesaingan yang sihat, agar tauke yang menang tak hilang akal untuk buat sesuka hati.

Bagi peminat serta penyokong setia pembangkang terutamanya ahli Pas, kita perlu setia dengan aliran kita, biar siapa yang mengendalikan parti selagi perlembagaan parti tidak berubah maka parti itulah yang kita sokong. Berusahalah menaikkan orang yang berupaya merealisasikan matlamat serta perlembagaan parti.
Share on :

3 comments:

  1. Semua ayam jantan dan betina tua umno akan turun untuk menyerang DSAI dan PR.Mereka dah dapat rasakan bahang dari api yang mereka unggun sebelum ini.
    Mereka takut pekung,nanah dan kudis yang terpalit di tubuh mereka terdedah dengan membawa bau yang amat meloyakan.

    ReplyDelete
  2. ye aku setuju. ...

    *mohon tuan rumah pautkan blog hamba. blog penburuk yang lama telah diberhentikan operasinya.


    http://penburukonline.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. memanglah macam tu depa umnoguk (UMNO Angguk) tak mau rakyat bagi perhatian pada pakatan rakyat kot nanti segala urustadbir PR lebih baik dan telus dari depa tak dapat sokongan rakyat ni PRU Serawak dan PRU13 nak cari modal apa pulak,sama samalah kita fikiaq beb

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License