Wanita Umno Labis Buat Laporan Polis Mereka Sokong Azahar ! Lucu Tak?

Sunday 23 January 2011

Percayalaaaaaah.!...(lagu Siti Norhaliza)
Haslinda Salleh, ketua wanita Umno
Labis
Akibat dari tak tahan dengan gossip politik yang dah merebak ke seluruh Malaysia menyatakan bahawa wanita Umno Labis tidak merestui calon yang telah dipilih, ketua wanita Labis mengambil jalan penyelesaian paling maksimum dengan melaporkan pada Polis yang mereka sokong Azahar.

Memang sempoi habis wanita Labis ni, mereka sampai mengadu kepada pasukan Polis agar Polis percaya serta membuat siasatan membuktikan bahawa mereka sememangnya setia pada pimpinan parti.

Kenapa sampai nak laporkan pada pasukan Polis kalau benar mereka sokong Azahar, bila masa mengundi nanti pangkah sajalah, apa masalahnya....? Ini merupakan satu cerita lawak wanita Umno kelas pertama.

Laporan dari bernama di sini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License