Senarai Isu Yang Ditiupkan Di PRK Tenang

Saturday 22 January 2011

Antara kerja utama pimpinan parti-parti yang bertanding dalam setiap pilihan raya kecil adalah menangkis segala isu yang dihembus kepada khalayak umum bagi mempengaruhi para pengundi atas pagar yang kebiasaannya membuat keputusan untuk memangkah calon pilihan pada saat-saat terakhir.

Perlu diingat hampir semua manusia biasa akan membuat keputusan di saat akhir berdasarkan persepsi daripada laporan yang terakhir yang mereka terima. Jika sesuatu isu itu mampu dimainkan sehingga ke saat terakhir dan melekat tanpa digugat oleh isu lain pada saat memangkah, maka ia akan berjaya mempengaruhi minda pemangkah.

Mari kita lihat setakat ini apakah isu yang telah dimainkan dalam PRK kali ini di Tenang bagi menyerang calon Pas di sana...

  1. Calon Pas tidak bersalam dengan pengundi kalau salampun akan pakai sarung tangan. Calon Pas tidak akan melawat tokong Cina atau Hindu kerana Pas adalah parti ekstrim. Ini akan menimbulkan prasangka buruk kaum bukan Islam dan memandang rendah kepada calon Pas.
  2. Undi calon Pas bermakna undang-undang hudud akan ditegakkan. Ini akan menakutkan pengundi Cina.
  3. Undi Pas akan menyebabkan Malaysia menjadi negara Islam ala-ala Taliban yang akan menjalankan undang-undang Islam. Ini menakutkan pengundi bukan Islam.
  4.  Pakatan Rakyat lebih membantu Melayu dan menganaktirikan orang cina, contoh ketara PR Selangor hanya memberikan 15 biasiswa kepada orang cina daripada 1,572 yang dikeluarkan. Juga Pulau Pinang memberikan kontrak lebih banyak pada orang Melayu. Ini sekali lagi menaikkan kemarahan orang Cina.
  5. Pas tak mampu bawa kemajuan. BN terbukti keupayaan membangunkan negara.
  6. Pas sentiasa keluarkan fatwa dari dulu sampai sekarang dan banyak fatwa mereka dilanggar oleh mereka sendiri dengan fatwa yang baru.
 setakat ini yang saya sempat congak...kalau ada lain-lain isu yang pembaca dengar boleh komen untuk kita senaraikan....TK
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License