BN Ligat Beli Undi Di Tenang, Penduduk Dapat Durian Runtuh - Tengok Apa Mereka Buat !

Monday 24 January 2011

Kalau ada penduduk yang paling beruntung sekarang di Malaysia, tak ada yang dapat menandingi penduduk Tenang.

Betul kata peribahasa Perancis yang berbunyi, 'le malheur des un ast le bonheur des autre'. Kemalangan seseorang adalah kebahagiaan untuk orang lain. Kematian seorang ahli keluarga kini menjadi kebahagian satu penduduk kampung.

Semua penduduk seluruh kampung sekarang sentiasa berkumpul di kedai-kedai kopi bagi memerah otak mereka mencari idea bagaimana mahu mendapatkan duit atau habuan sempena PRK di Tenang.

Mereka perlu segera menjana berbagai idea agar pembeli-pembeli undi dan perasuah pilihan raya menaburkan sebanyak mungkin duit di sana sebelum semua ini berakhir pada hari pengundian nanti.


Senarai durian runtuh yang dapat dikesan setakat ini untuk membeli sebanyak nama undi penduduk;

  1. Sampul berisi RM2000, hampers bernilai RM50, sepasang kain 3 ela di berikan kepada lebih 100 penduduk di satu majlis yang diadakan di dewan majlis daerah Labis. Majlis dihadiri oleh MP Labis Chua Tee Yong dan juga salah seorang Exco negeri Johor, Tan Kok Hong. Para hadirin di seru mengundi calon BN.
  2. Orang ramai yang membenarkan rumah mereka di pasang bendera serta mempamerkan banner bergambar besar Perdana Menteri DS Najib di sekitar halaman rumah mereka  menerima tunai sebanyak RM1,000 setiap orang.
  3. Penduduk yang berpendapatan kurang dari RM2,000 sebulan di beri bantuan segera sebanyak RM450 seorang. Para ibubapa yang mempunyai anak-anak mereka belajar di pusat pendidikan kanak-kanak atau taska di hubungi untuk tujuan tersebut.
  4. DS Najib mengumumkan Tenang mendapat peruntukan sebanyak RM1.31 juta untuk kerja-kerja baik pulih dan kasi cantik semua masjid dan surau juga sekolah agama di 3 penempatan Felda di sana.
  5. Shafie Apdal pula umum menghadiahkan  rumah percuma sebanyak 20 unit kepada orang asli di 2 penempatan mereka.
  6. Chua Soi Lek pula tidak ketinggalan walau tiada jawatan menteri mengumumkan akan memberikan court bola keranjang kepada pekan baru Tenang.
  7. Noh Omar rancak menganjurkan berbagai program di bawah kementeriannya termasuk melancarkan program usahawan muda di Tenang baru-baru ini.
Kata Noh Omar dan juga kata semua menteri dan juga semua orang BN, itu semua tak ada kena mengena dengan PRK Tenang ia adalah aktiviti kerajaan yang memang sering dijalankan diseluruh negara. Bole pecaya ka...?

Habis semua jentera agensi kerajaan dipergunakan sebaik dan semaksimum mungkin bagi mencapai hasrat menang besar mereka.


Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License