PRK Tenang - Info Ringkas

Monday 20 December 2010

Dari mana datangnya nama Kampung Tenang?. Kerana ia dibuka oleh Mohamad Ariffin bin Allaudin, juga dikenali sebagai Tok Tenang. Dari situlah ia mendapat nama. Ia dibuka pada tahun 1806.

Komposisi pengundi: Melayu 50%, Cina 39% dan India 11%.

Jumlah pengundi: 14,511 orang.

Sumber pendapatan: Pertanian (penoreh getah dan pengusaha kelapa sawit) dan perniagaan kecil. Memang sebuah kawasan perkampungan yang tenang, sesuai dengan namanya di mana semua orang muda keluar ke bandar meninggalkan hanya orang tua-tua sahaja menjaga kampung.


Terletak di bawah kawasan Parlimen Labis, kubu kuat Presiden MCA, Chua Soi Lek. Tiada apa-apa kemajuan atau pembangunan semenjak 3 penggal lalu dibawah pemerintahan BN di sana.

Terdapat sebanyak 56 kerusi DUN di Johor di mana BN sapu semua 50 kerusi, DAP 4 kerusi dan Pas hanya menang 2 kerusi. Satu cabaran getir buat PR untuk memenangi kelusi Tenang. Kalau menang juga bermakna PR boleh perintah Putrajaya pada PRU-13 nanti.

Sejak PRU 2008, sudah ada 13 PRK. 10 daripada PRK diadakan kerana kematian penyandang. PR menang 8 dan BN menang 5. Nampaknya semua parti perlu melihat faktor umur dan kesihatan calon yang hendak mereka pertaruhkan selepas ini.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License