Kaji Semula Pengharaman Logo 1Malaysia - Kit Siang

Friday 24 December 2010

Apa mau takut sama itu 1Malaysia?, nasihat Kit Siang pada
Kerajaan Selangor
Jangan ambil peduli dengan logo 1Malaysia dan buktikan kerajaan BN "cakap lain buat lain". Begitulah lebih kurang maksud Lim Kit Siang dalam menggesa kerajaan negeri Selangor pimpinan PR agar mengkaji semula larangan menggunakan logo tersebut dalam sebarang logo pengiklanan.

Beliau juga memberikan banyak contoh yang menunjukkan betapa bertentangannya amalan serta kenyataan pemimpin BN yang terang berlawanan dengan konsep 1Malaysia yang cuba diwar-warkan mereka terutamanya Tombalan Perdana Menteri yang hampir semua kenyataannya bertentangan dengan slogan 1Malaysia. Baca kat sini laporan dari FreeMalaysiaToday.


Jikalau PR yakin bahawa 1Malaysia adalah satu slogan yang memakan diri dan slogan yang tidak berjaya, mengapa perlu takut dengan impaknya. Rakyat yang celik dan mengambil tahu segala kejadian politik dan pentadbiran negara sepatutnya tak akan termakan dengan hanya slogan.

Slogan politik adalah sama dengan slogan yang digunakan dalam aktiviti pemasaran. Ia bertujuan untuk mencipta penjenamaan yang positif yang berkait rapat dengan amalan serta apa yang dijanjikan.

Cuba bayangkan jika Proton mempromosikan slogan "The Ultimate Driving Machine" dengan harapan ia bakal mengiurkan penggemar automotif. Sudah tentu slogan tersebut hanya akan menjadi tema lawak jenaka di serata dunia dan tidak sedikitpun akan menambah hasil jualan kereta ptoron.

Benarlah kata pakar penjenamaan bahawa, penjenamaan bermaksud "menunaikan apa yang anda janjikan".
Share on :

1 comment:

  1. saya sokong larangan itu ditarik balik.

    Buatlah gaya macam TGNA memerintah Kelantan.Semasa Kerajaan Persekutuan galak memacak papan tanda Projek Kerajaan Barisan Nasional dimerata-rata, tok guru tak larang malah suruh taruh juga cop di pokok-pokok "Projek Kerajaan Barisan Nasional"

    Jika diorang fikir berbaloi untuk menghabiskan duit rakyat /atau paksa syarikat dengan projek papan tanda biarkan!

    Jangan peduli biar depa bahagia sehingga depa terleka dan mabuk sendiri.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License