Ini Wajah PAS Baru - Dr Mujahid

Wednesday 22 December 2010

Dalam buku tulisannya yang bertajuk "Menuju Pas Baru - Krisis, Peluang, dan Dinamisme" Dr Mujahid menggariskan secara ringkas ciri-ciri yang perlu ada pada Pas hari ini untuk terus ke hadapan melonjakkan dirinya menjadi sebuah Parti yang kuat dan diterima oleh segenap rakyat Malaysia.


  1. Menasionalkan Pas - Pas perlu meneruskan perjuangan Islamnya dibawah kerangka perlembagaan negara dan perlu lebih menonjolkan ciri-ciri nasional agar dapat diterima oleh semua bangsa di negara kita. Untuk itu Pas perlu:
    1. Merangka satu modul khas tentang perlembagaan persekutuan dan dimasukkan dalam latihan pengkaderannya.
    2. Memasukkan identiti nasional dalam segala aktiviti parti seperti menaikkan bendera negara, menyanyikan lagu negara, dan berpakaian kebangsaan.
    3. War-warkan dalam pengucapan awam komitmen Pas yang berpijak di bumi nasional.
    4. Menamakan semula perkataan-perkataan yang dianggap eksklusif terutamanya terma-terma dalam bahasa arab ke dalam bahasa melayu yang mudah difahami awam.
  2. Mencorak Kepelbagaian Kaum Dalam Pas melalui;
    1. Organisasi
    2. Aktiviti
    3. Manifesto Politik
  3. Menukar Kepimpinan yang eksklusif kepada kepimpinan yang inklusif.
  4. Memperkasakan sumber kemanusiaan dalam parti yang diuruskan oleh satu jabatan yang diujudkan di dalam parti bagi;
    1. Menguruskan lajnah dan pembelajaran kepimpinan serta keahlian
    2. Pembangunan pentadbiran dan staf
    3. Perancangan strategik parti dalam urusan sumber manusia.
    4. Persediaan kepimpinan pelapis ke tahap satu standard yang layak bertanding.
Melihat cadangan Ustaz Mujahid di atas sudah tentu mereka yang bergelar golongan Ulama dalam Pas akan menolaknya mentah-mentah. Patutlah ulama pelapis terus menolak buku tulisannya awal-awal lagi.


Segala cadangan ini nampak seperti cuba meneutralkan pengaruh atau persepsi bahawa Pas adalah parti eksklusif untuk golongan mereka yang bergelar ustaz, atau lebai sahaja malah barisan pemimpin adalah eksklusif untuk ulama.

Tak perlulah kita risau terhadap status ulama atau bukan kerana manusia dinilai dari segi taqwanya. Sudah tentu mereka yang berilmu itu lebih patut menjadi taqwa. Tapi kalau berilmu tidak semestinya bertaqwa malah kalau berilmu, tetapi tidak bertaqwa ia sebenarnya mengundang bala.

Jika cadangan di atas diguna pakai oleh Pas, maka dalam masa terdekat, Pas pasti akan menggantikan UMno sebagai parti utama yang memerintah negara. Insyallah.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License