Penduduk Pulau Pinang Kaji Sokongan Terhadap Pakatan Rakyat

Saturday 6 February 2010

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan agar satu suruhanjaya ditubuhkan bagi mengkaji kepincangan terhadap pemerintahan PR, terutamanya DAP. Beliau juga menggesa agar penduduk Pulau Pinang mengkaji semula sokongan terhadap PR dan beralih semula kepada BN dalam pilihan raya umum ke - 13 yang akan datang. Klik sini untuk berita lanjut.

Kenapa nak kaji pemerintah samada pincang atau tak pincang, banyak kerja lain yang lebih penting dan mendesak sekarang ini yang dihadapi oleh orang melayu di Pulau Pinang.


Umno sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk memulihkan semula kedudukan orang melayu dalam segala segi, letakkan semula kedudukan orang melayu pada garisan yang sama dengan bangsa lain agar kita dapat berlumba dengan lebih adil.

Secara mendapat berita bahawa secara kasarnya lebih 50% remaja atau golongan muda mudi melayu di P Pinang terlibat dengan dadah sintetik, habis seluruh kampung dilanda dengan masalah yang sama.

Banyak muda mudi melayu yang terlibat dengan aktiviti jenayah, dadah, dedah, rogol, dirogol, zina, rempit, samun, pecah rumah, curi motor dan macam-macam lagi. Sudah rasa tak selamat membesarkan anak-anak kita di sana.

Dalam taklimat dulan lepas di salah sebuah sekolah di Seberang Perai, wakil polis memberikan statistik yang menakutkan, hari-hari terdapat lebih daripada 5 kes rogol, 5 kes zina, 5 kes curi motor.

Yang paling mengejutkan apabila polis mendapati tandas Mobil bersebelahan masjid Kubang Semang merupakan pot atau hub aktiviti zina antara remaja berlaku hampir setiap minggu, dan polis mendedahkan bahawa remaja yang di tahan sendiri mengakui bahawa mereka sering menjadi tandas petrol station sebagai pot mereka melakukan aktiviti zina...!!!!

Kes kesusahan pula amat memilukan, cuba pergi lihat para nelayan di Kuala MUda, 3 hari pergi ke laut seekor ikan pun tak dapat bawa balik, anak-anak kelaparan, pendapatan tak seberapa, kerja tiada. Untuk makan ikan termenung (kembong) seumpama mahu makan masakan hotel.

Siapa nak bantu mereka kalau bukan orang melayu sendiri, takkan nak harap orang cina, atau bangsa lain membantu bukan bangsa mereka sendiri.

Kes anak luar nikah jangan nak cakaplah!, bersepah dan apabila di tambah dengan kesempitan hidup anak-anak ini bakal menjadi penjenayah yang berkeliaran di atas jalan, alamat kes jenayah akan meningkat tahun demi tahun, anak-anak orang melayulah, siapa lagi.

Cukuplah keluarkan cakap-cakap politik, baik Umno, Pas, Dap, PKR atau siapa saja, bila kalah cakap lain bila menang cakap lain. Buat kerja sudahlah...!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License