Bela Melayu: Zahid cabar Guan Eng

Monday 8 February 2010

Lagi kenyataan politik yang memualkan dari Zahid hamidi yang disiarkan dalam Utusan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, sila baca di bawah:


Bela Melayu: Zahid cabar Guan Eng

BUKIT MERTAJAM 7 Feb. - Kritikan terbuka yang dilemparkan oleh beberapa pemimpin pembangkang terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng sejak kebelakangan ini menunjukkan berlaku keretakan serius dalam pakatan itu dan hanya menanti masa untuk berpecah.
Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia berlaku disebabkan tiada persefahaman sesama mereka berikutan ideologi yang berbeza.
"Disebabkan perkahwinan politik yang tidak berdasarkan kepada persefahaman, inilah yang berlaku.
"Saya fikir keretakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang seumpama retak menanti belah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Zahid merasmikan program Hari Mesra Bersama Menteri Pertahanan.
Program sehari anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Pulau Pinang itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan dengan beberapa aktiviti kemasyarakatan dan pameran oleh pihak-pihak terlibat.
Beliau mengulas mengenai kerajaan negeri pimpinan DAP yang dikritik hebat sejak kebelakangan ini dengan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) melabelkan Guan Eng sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran komunis.

Selain itu, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng juga dari PKR mendakwa pentadbiran kerajaan negeri meminggirkan ahli-ahli Parlimen PKR serta tidak boleh dikritik.
Ahmad Zahid turut mencabar Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP membuktikan bahawa parti itu mampu membawa perubahan kepada nasib orang Melayu di Pulau Pinang.
"Dia (Guan Eng) kata bahawa orang Melayu boleh berjaya tanpa UMNO tapi bolehkah DAP membantu nasib orang Melayu?
"Tapi mereka merobohkan gerai-gerai penjaja Melayu tanpa sebarang tolak-ansur," tegasnya yang juga Menteri Pertahanan.
Menurutnya, UMNO bukan sekadar membela nasib orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain kerana ia berada di bawah komponen Barisan Nasional (BN).

Komen Saya:

Adakah patut duduk tak duduk suruh orang Cina bela Melayu?, dalam masa yang sama kenyataan Datuk Zahrain digunakan sebagai bukti bahawa kedudukan PR di Pulau Pinang amat kritikal ditambah dengan seorang lagi ahli parlimen Nibong Tebal dari PKR Tan Tee Beng yang juga mengkritik DAP.

Saya ulang sekali lagi, tolong berhenti buat kenyataan minta bangsa lain tolong bangsa lain, kalau bangsa lain nak tolong bangsa lain pun adalah setelah semua bangsa dia dah tak perlu di tolong.

Nak harap Melayu tolong orang Melayu?, ada segelintir orang Melayu yang kita lihat menjadi kaya raya apabila berkecimpung dalam arena politik, semakin naik pangkat dalam politiknya semakin meningkat kekayaannya, ada dia fikir pasal nak tolong para meniaga gerai haram orang melayu?

Kenapa kita tak rasa malu apabila kebanyakan gerai haram yang diroboh adalah gerai kepunyaan orang melayu?, sepatutnya kita fikirkan bagaimana mahu orang melayu berniaga secara sah, bukan menghalang pemerintah meroboh gerai orang Melayu. Sebaiknya tak timbul isu gerai haram orang melayu kena roboh.

Kita sepatutnya berprinsip menolong orang yang perlu ditolong tak kira siapa dia, cina, melayu atau india. Sedangkan orang yang menolong anjing tersepitpun dijanjikan ganjaran yang baik  inikan pula menolong manusia!, jadi tak payahlah Umno nak cerita mereka tolong bangsa itu atau ini, tak sudah-sudah dengan perkauman

Tapi ada satu lagi jenis orang yang sengaja ambil kayu letak atas dada dia sambil terbaring dengan harapan orang lain datang dan memberi pertolongan, selspas itu dapatlah dia makan sikit sebab orang kesian padanya. Orang yang macam tu patut ka kita tolong.

Biasanya tidak menolong adalah salah satu cara menolong....!!!
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License