Najib Tawarkan Jawatan Dalam Kerajaan Kepada Bekas CEO Petronas, Hassan Merican

Friday 5 February 2010

Setelah bersara daripada menerajui satu-satunya syarikat yang disenaraikan dalam top 500 fortune company, TanSri Hassan Merican kini dalam perbincangan dengan Perdana Menteri kita bagaimana negara boleh memanafaatkan kepakarannya dalam menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik.

Dalam satu segi, PM kita memang berfikiran jauh dan sentiasa tidak mensia-siakan segala sumber yang ada demi kepentingan rakyat Malaysia. Banyak nama-nama besar dalam dunia perniagaan atau korporat yang telah diserapkan dalam senarai jentera pentadbiran kerajaan seperti Amer Sham, Idris Jala, Nor Muhammad, dll.


Tapi harus diingat bahawa dunia perniagaan dengan dunia politik adalah sesuatu yang amat berbeza umpama minyak dengan air, sampai bilapun tak boleh bercampur. Dunia politik matlamatnya adalah kekuasaan manakala dunia perniagaan matlamatnya adalah keuntungan.

Biasanya apabila seseorang yang hebat dalam dunia korporat terjun masuk ke dalam dunia politik, mereka secara tiba-tiba akan menjadi lembab, dan terhimpit. Kalau mereka masuk dalam jentera kerajaan mereka akan menghabiskan masa mencipta prosedur demi prosedur yang tak kesudahan bagi menyusahkan rakyat.

Mungkin PM perlu mengasingkan dahulu kedudukan pemimpin politik dengan jentera kerajaan, hilangkan dahulu campur tangan politik dalam pentadbiran kerajaan termasuklah aktiviti-aktiviti surat sokongan, projek-projek swasta berbau politik, persepsi serta peranan "kabel" dalam mendapatkan projek kerajaan, tidak menganaktirikan kawasan di bawah pemerintahan parti pembangkang dan lain-lain.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License