Melayu perlu ambil iktibar kemelut politik Pulau Pinang

Friday 5 February 2010


Laporan dari akhbar utusan yang mengambil kesempatan dari isu kritikan terhadap pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang yang disensasikan bagi mendapatkan mileage politik.

Melayu perlu ambil iktibar kemelut politik Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM 4 Feb. - Kemelut politik di Pulau Pinang seharusnya menyedarkan orang Melayu betapa kerajaan negeri yang diketuai DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan nasib mereka.
Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohammad Afandy Yusof berkata, kemelut itu jelas menunjukkan wajah sebenar kepimpinan DAP-PKR yang hanya berlumba-lumba mengejar keuntungan politik dan peribadi.
Lebih malang katanya, rata-rata pemimpin PKR sanggup akur dengan tindak-tanduk DAP dan enggan bersuara semata-mata takut kehilangan jawatan.
"Banyak iktibar yang boleh direnung bukan sahaja isu gerai peniaga kecil Melayu yang diroboh tetapi juga sikap biadab pemimpin DAP sebelum ini yang memperlekehkan agama Islam.
"Lihat sahaja keceluparan pemimpin DAP yang pernah mengaitkan syariah Islam dengan golongan ekstremis. Semua ini seharusnya memberi kesedaran kepada orang Melayu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohammad Afandy yang meninggalkan PKR pada Ogos 2008 berkata, dakwaan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohamed Hashim yang menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai cauvinis dan diktator seharusnya membuka mata orang Melayu.
Menurutnya, rentetan beberapa isu membabitkan orang Melayu termasuk tindakan kerajaan negeri meroboh gerai-gerai peniaga kecil Melayu membuktikan janji Guan Eng sebelum ini tidak ubah seperti 'tin kosong'.
"Guan Eng kononnya akan mengikut cara pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz dan kini terbukti ia hanyalah gimik politik murahan untuk mengaburi mata pengundi Melayu.
"Keadaan sekarang tidak ubah seperti lubang sedang digali oleh pemimpin-pemimpin ini yang akhirnya akan menimbus masa depan orang Melayu sendiri," katanya yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Bahagian Bayan Baru.
Malah dakwanya, kebiadaban pemimpin DAP juga terserlah apabila Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi secara terang-terangan menyifatkan PKR perlu 'dibersihkan daripada pemimpin-pemimpin sampah'.
Sehingga kini katanya, tiada pemimpin PKR yang berani bangkit menepis dakwaan itu kerana takut hilang jawatan sehingga lebih rela menghentam Zahrain walaupun pemimpin itu mengkritik demi kepentingan parti.

Komen saya:
Cukuplah orang melayu asyik menyalahkan orang lain untuk menjaga kebajikan mereka. Sebelum inipun ketua menterinya bukanlah Melayu, dan parti yang memerintah dulupun bukanlah parti melayu. Orang Melayu di sana masih tak sedar-sedar untuk menaikkan diri mereka sendiri tanpa mengharapkan sesiapa, mereka lebih selesa sekadar menjadi pekerja makan gaji dan tauke-tauke industri yang bergiat maju di sana hampir keseluruhannya adalah bukan Melayu.

Jangan kita salah bangsa lain apabila mereka tak membantu untuk menaikkan bangsa kita sendiri, itu lumrah manusia. Cuba lihat fakta mengenai P Pinang tentang populasi penduduk:
Cina 41.8%
Melayu 40.3%
India 10.8%
Lain-lain 7.1%
Dari segi populasi, kaum yang dominan adalah kaum Cina, dari segi ekonomipun kaum Cina yang menguasai. Kalau kita sendiri tak berubah, jangan harap nak maju. Kalau nak berniaga, asyik secara haram dengan mengadakan gerai-gerai haram, jangan nak marah pemerintah apabila kena roboh.
Share on :

1 comment:

  1. Saya secara peribadi amat menyokong kata kata Saudara Mohammad Afandy Yusof Mantan Exco AMK Malaysia dan Mantan Ketua Penerangan Pemuda Keadilan Pulau Pinang serta Mantan Ketua Penerangan PKR Bayan Baru. Beliau adalah pemimpin Pemuda yang terawal menggerakkan Parti sejak dari 4 April 1999 serta mengharungi pelbagai dugaan dan juga penggerak kepada kebangkitan Pemuda KeADILan diPulau Pinang. Seharusnya luahan dan teguran dari orang LAMA dan pernah BERJASA kepada KeADILan dan PKR harus dilihat dari sudut yang positif. Saya amat kagum dan menghormati KEPUTUSAN beliau keluar dari PKR dan melepaskan semua jawatan PARTI tetapi sampai hari ini tidak menyertai mana mana Parti Politik samada dari Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat. Pemimpin Ikhlas dan jujur seperti ini yang sanggup meninggal PARTI yang DIBINANYA bersama rakan rakan PEMUDA dulu adalah amat BERPRINSIP kerana meninggalkan PKR bukan untuk mennyertai Parti lain atau mengejar jawatan dari parti lain tetapi menunjukkan PROTES keatas PKR dan PAKATAN RAKYAT diatas Perjuangan yang telah lari dari landasan yang mereka bina dulu. Jangan terlalu salahkan pada Bangsa MELAYU kerana masa depan BANGSA MELAYU adalah terletak ditangan PEMIMPIN yang memerintah Negeri dan jika pemimpin yang Ada kuasa tetapi tidak berani bersuara untuk mempertahan BANGSA MELAYU dan masa depan MELAYU maka samalah mereka itu dengan Segelintir PEMIMPIN UMNO Pulau Pinang yang mengaut keuntungan untuk diri mereka dan keluarga mereka. Terima kasih

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License