Tolong sokong sekolah tahfiz!

Friday, 21 September 2012

Mungkin jika kita tanya pada orang seperti Mahathir dan para penyokong fanatiknya samada bagus atau tidak kewujudan sekolah-sekolah tahfiz yang semakin banyak di negara kita ini, mereka tidak akan berapa setuju dengan keadaan itu.

Bagi orang Islam yang moden, progresif dan mementingkan kekuatan material dan juga intelektual seperti Mahathir mempelajari sains, matematik dalam bahasa inggeris lebih utama dalam menguasai kedudukan di dunia moden ini.

Apa yang Maahad Tahfiz boleh sumbangkan pada negara. Apa kanak-kanak lulusan sekolah Tahfiz boleh sumbangkan pada teknologi sains negara. Mungkin itu soalan-soalan yang ramai orang moden bertanya. Apakah kita perlu menjawabnya?.


Saya rasa tak payah nak layan semua itu. Kalau kita layan masyarakat, buat apapun tak kena. Semuanya salah belaka. Jadi andaikata kita buat sesuatu yang baik, niat kita baik dan ia tidak salah malah digalakkan dalam agama, buat sahaja dan usahakannya hingga jaya.

Berikut sedikit penerangan berkenaan sekolah Tahfiz yang saya sokong dan mohon pembaca turut sama menyokongnya, tak kisah sekadar berdoa atau mengeluarkan dana atau mengeluarkan idea atau memberikan apa-apa saja sumbangan.

HABIB
Maahad Habibullah Al Hafiz (HABIB) mula beroperasi pada Februari 2011 dan telah didaftarkan secara rasmi di bawahSuruhanjaya Syarikat Malaysia pada 21 Jun 2011. Manakala kelulusan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diperolehpada 7 Jun 2011 melalui surat kelulusan JAI.Sel BPI 03/05/083/02 Jld 1 (53).

Penubuhan HABIB adalah hasil cetusan minda sebuah keluarga yang tidak mempunyai kualifikasi dalam bidang Pengajian Islam yang kemudiannya disampaikan kepada tenaga tenaga pengajar keluarga tersebut yang pada ketika itu mengajar Al-Quran, Bahasa Arab dan Hafazan.

Hasil perbincangan bersama tenaga-tenaga pengajar yang berkelulusan Ijazah dari Universiti dari Madinah, Acheh, Mesir dan Malaysia dalam bidang Syari’at, Qiraat, Usuluddin, Dakwah Islamiyah, Biologi dan Pengurusan Perniagaan telah merealisasikan penubuhan Institusi Maahad tahfiz di Puncak Alam dengan membawa visi utama iaitu untuk melahirkan ahli huffaz yang seimbang dunia dan akhirat dengan ESQ yang tinggi.

Sehingga kini, seramai 57 pelajar seawal usia 5 tahun sehingga yang berumur 61 tahun menuntut di HABIB. Ini merupakan kejayaan awal hasil daripada sokongan wargakerja HABIB,  keprihatinan masyarakat setempat, surau khariah, Surau At-Taufiqiyyah, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta Lembaga Zakat Selangor yang telah menyampaikan sejumlah wang zakat dalam Majlis penyampaian wang Zakat Selangor 24 Disember 2011 yang lalu.

Semoga sokongan dan keprihatinan terus diperoleh agar visi HABIB dapat direalisasikan di samping mengimarahkan institusi pendidikan.
Share on :

2 comments:

  1. insyaallah,..kalau niat nak menegakkan Islam,...tiada siapa dapat menghalangnya...saya sokong...

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License