Kebanyakan orang punyai waktu kerja selama 8 jam sehari. Sebelum negara kita dibanjiri kilang dibandar-bandar utama seperti Selangor, Pulau Pinang dan juga Johor serta beberapa negeri lain, orang kerja relaks waktu itu overtime merupakan cerita lawak P Ramlee.
Tapi bila Kapitalis Jepun dan Mat Saleh Barat dijemput datang membina kilang-kilang di negara kita, rakyat mula didedahkan pada waktu kerja 12 jam sehari dan kerja siang malam tanpa henti. Jadual tidur kebanyakan pekerja kilang yang kerja shif berterabur, siang dia tidur malam dia jaga.
Apabila semua peniaga mula melihat potensi kerja 24 jam tanpa henti ini boleh menjana duit untuk cepat kaya, maka mulalah kedai-kedai 24 jam beroparasi di segenap pekan. Kedai makak terutamanya berniaga tak ada cuti. Hari raya dikala orang beraya mereka tetap berniaga Jam di dingding dah mati habis bateri, mereka masih tak sedar dan tetap berniaga.
Kalau anda terjebak dengan budaya yang sama dan turut mengejar kehidupan sampai sentiasa bekerja lebih dari 8 jam sehari. Penemuan daripada kajian terbaru ini mungkin dapat membantu untuk anda tarik sedikit hand brake.
Kajain terbaru mendapati mereka yang sering bekerja lebih dari 8 jam sehari menghadapi risiko terkena penyakit jantung sebanyak 80% berbanding orang biasa. Ini merupakan kajian yang dilakukan terhadap 22 ribu di seluruh dunia.
Kajian tersebut dilakukan sejak 1958 yang mana sebanyak 12 kajian dilakukan sepanjang tempoh tersebut. Data dari kajian itu dianalisis sehingga tercetusnya rumusan yang tersebut di atas. Risiko sakit jantung tersebut mungkin berpunca daripada pendedahan berpanjangan terhadap tekanan di tempat kerja.
Jadi fikir-fikirkan semula kehidupan kita. jangan buat kerja penat-penat tiba-tiba mati kena serangan jantung tanpa dapat mengecapi apapun yang dikejar...sumber
Jangan kerja lebih dari 8 jam sehari
Sunday, 16 September 2012
Labels:
# Jantung
# Kesihatan
# Tahukah Anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang benar tiada yang tidak benar,tenaga buroh dihamba abdikan sekasar kasarnya sehingga menjadi buroh kasar tidak kasar secara resmi tidak diresmikan.begitu juga pegawai perubatan[doktor]dalam tidor bekerja,waktu bercuti dipanggil bekerja[on call]siang dan malam adalah siang.seolah olah mereka tiada keperluan bagi diri mereka sendiri jauh sekali untok kedua ibubapa serta keluarga.ganjaran serta gaji mereka adalah golongan yang tidak dipandang dan tidak diambil peduli.kekadang bertanya juga adakah mereka digajikan untok dimaki hamun oleh pesakit lebihan lagi dari keluarga pesakit.sedangkan kekadang keluarga pesakit tidak memberi kerjasama pada pegawai perubatan,mereka menganggap sebagai pegawai perubatan pasti mengetahui semua apa kejadah jadi doktor.kekadang terdapat pesakit serta keluarga mereka memberi kerjasama yang baik segala pantang larang dipatuhi,segala maklumat diberi tanpa bersembunyi terima kasih diucapkan.akan tetapi bak dikatakan tadi kalaulah pegawai perubatan dikerjakan bekerja malam dan siang tiada bezanya, besi yang padu dan padat akan patah juga.janganlah salahkan para doktor yang keluar berkhidmat dari hospital kerajaan selepas khidmat mandatori.pegawai perubatan berbakti demi kebajikkan masyarakat ada siapa peduli tentang kebajikkan mereka.
ReplyDeleteHanya doktor yang merasai jerit payah seorang doktor. TK atas komen
DeleteItulah sebab kenapa rakyat kita lebih suka jadi doktor di negara luar (e.g Australia,UK) sebab doktor di sana kerja relaks,senang,dan gaji juga sangat lumayan.Tidak seperti menjadi doktor di Malaysia.
Deletekilang2 pioneer diberi 'free trade' (takdak cukai la) selama 5 tahun, tapi depa dapat 15 tahun kerana buat 3 shift. trend kerja 12 jam sehari (regular hours 8 jam + 4 jam overtime) dah mula pada akhir tahun 80an. sorang kerja 8 jam/sehari memerlukan 3 orang utk 24 jam operasi. kurang 1 orang (33.33%) depa boleh jimat cuti tahun, cuti sakit, bonus (ada ka?) & ada ka jadah lagi. kita tak boleh lari dari sistem kapitalis kerana di zaman rasulullah saw & sebelum itu lagi pun dah ada, tapi sekarang kapitalis yg melampaui batas (zalim). sama juga dgn sistem komunisma & sosialisma.
ReplyDeleteKonsep makan gaji bayar bula dan pengeluaran secara besar-besar hanya bermula selepas perang dunia pertama.
DeleteSebelum itu hanya ada industri belakang rumah yang dijalankan oleh adik beradik saja. Kerja biasanya dalam konsep upah berdasarkan kemahiran dan bukan makan gaji.
Selepas itu bila makan gaji dan pengeluaran besar-besaran diperkenalkan manusia mula jadi ayam dalam sangkar...
Saya pun pernah merasa jerih payah kerja O.T kat kedai 7E. Bygkan bulan lepas, gua koje dari 7pm sampai 7am. Pastu kdg2, kena tolong tunggu sampai pukul 11pg keesokannya sebab nak tunggu manager kira duit hasil jualan semalam.
ReplyDeleteTapi saya kerja gila2 macam buruh2 sosialis era Gamal Abdel Nasser. Sambil kerja sambil nyanyi lagu Wallah Zaman ya Silahi dan nyanyi lagu2 yg memuji2 kehebatan Gamal dan Saddam.
Penat tu takyah ckp la. Tido 12 jam pun tak hilang2 penat.
Raya pun saya kerja gak, takde cuti2nya.
Skrg saya dah benti dari kerja 7e. O.T saya bulan lepas adalah yg terbanyak diklgn staf2 (96jam). kalah manager.
Walaupun duit pun byk, tapi bak kata org, duit takleh beli kebahagiaan. Tobat saya taknak kerja syif lebih dari 8jam lagi ngehngehngeh.
Pasni, nak cari kerja2 yg agak ringan sket.