Sikap Tuanku Mizan terhadap Pak Din Bomoh

Wednesday, 19 September 2012

Menggunakan khidmat bomoh patah di negara kita adalah satu amalan biasa terutamanya di kalangan orang Melayu. Kita biasa pergi mendapatkan khidmat bomoh patah terlebih dulu jika ada kecemasan dalam bab patah tulang atau sendi sebelum mendapatkan perubatan moden di hospital.

Kalau di kampung saya dulu, Pak Mat merupakan bomoh patah yang cukup terkenal di seluruh jajahan Kubang Semang. Bukan saja orang melayu yang mendapatkan khidmatnya, malah orang Cina atau India juga turut mencari Pak Mat jika ada kecemasan dalam bab tulang.

Pak Mat Pa' Long yang orang biasa memanggilnya sudahpun meninggal dunia. Ilmunya tidak ada sesiapa yang ambil walaupun dia cukup hebat membetulkan tulang yang patah. Kononnya tak ada yang berani kerana cabaran menjadi bomoh patah amat berat. Itulah yang saya dengar. Akibatnya sekarang tiasa lagi bomoh patah macam Pak Mat di Kampung Penanti.


Pernah seorang kawan menceritakan pengalaman mengusung seorang kawan yang terjatuh dari pokok jambu lalu patah tulang betisnya. Tulang yang patah tersebut terjengul keluar dari isi betul-betul ditengah betis. Maknanya tulangnya patah dua macam kayu patah. Hanya isi daging saja yang membuatkan tulang masah berada di situ.

Sampai di rumah Pak Mat, di bawah rumah saja dia dibetulkan oleh Pak Mat. Mereka disuruh memegang kuat rakan malang itu dengan meletakkan sudu pada mulut rakan mereka takut kalau-kalau terkancing gigi. Pak Mat pesan aagar tahan sakit untuk dia betul semula tulang yang patah dua itu.

Setelah berdoa, Pak Mat lalu menarik kaki beserta tulang yang patah itu lalu diletakkan semula pada tempatnya. Menjerit rakan mereka sebentar dan kemudia Pak Mat menyuruh mereka membawa rakan mereka ke hospital.

Sampai di Hospital doktor mengambil gambar x-ray untuk melihat samada serius atau tidak keadaan tulang rakan mereka. Selepas itu doktor mengatakan tidak ada apa-apa yang teruk. Rakan mereka hanya mengalami retak tulang sahaja.

Walaupun mereka bertegas mengatakan kawan mereka patah dua tulangnya, doktor hanya tersenyum menggelengkan kepala. Luka sedikit dan retak tulang saja, tegas doktor. Begitulah kehebatan Pak Mat.

Hari ini saya ada berjumpa seorang Bomoh Patah yang cukup terkenal di Sungai Pencala. Saya mahu mendapatkan rawatan tulang penumbuk saya yang retak dan menyakitkan. Pak Din merupakan bomoh patah terkenal di situ dan pernah merawat di seluruh negara termasuklah pada orang-orang besar.

Selesai melihat tulang saya, saya ambil kesempatan berbual sebentar dengan Pak Din melihatkan tiada orang yang mendapatkan khidmatnya pada petang tadi. Macam-macam saya interbiew untuk mengetahui dari mana dia belajar dan bolehkah dia ajar orang lain.

Pak Din lalu menceritakan bagaimana dia rapat dengan Tuanku Mizan setelah Tuanku Mizan mendapatkan khidmatnya setelah jatuh kida lalu patah bahu dan tangan. Tuanku Mizan lega semula hanya sehari selepas mendapatkan rawatan dari Pak Din.

Bila Tuanku Mizan bertanya berapa bayarannya, Pak Din hanya berkata dia tak kenakan apa-apa bayaran. Ikut suka kalau orang nak kasi dia ambil saja. Tak bagipun dia tak kisah. Tunku Mizan cukup terharu dengan sikap Pak Din dan sejak itu mereka rapat.

Dari situ Pak Din menceritakan sikap Tuanku Mizan yang tidak suka orang yang dia kenal memanggilnya Tuanku, dia lebih selesa panggilnya encik saja, itulah yang Pak Din panggil setiap kali jumpa Tuanku Mizan. Nombor plate kereta Tuanku Mizan juga tidak ada yang istimewa dengan nombor-nombor yang Fancy, "nak buat apa semua itu, kata Tuanku Mizan pada Pak Din.

Yang lebih hebat lagi ketika Tuanku Mizan menjadi Agong, Pak Din tetap membahasakan Tuanku Mizan sebagai Encik, jika tidak Tuanku Mizan akan marah. Pernah Pak Din tanya habis kenapa bila ada keramaian dan perjumpaan orang besar mereka panggil DYMM Tuanku?, jawab Tuanku Mizan itu adalah protokol maka dia terima saja, tapi dengan kenalannya kenapa nak ikut protokol, ianya tak perlu.

Begitulaj lebih kurang perkara positif yang ada pada salah seorang Raja di negara kita sekarang ini. Memang ada Raja atau Sultan yang bagus di negara kita. Sultan Kelantan juga nampaknya amat berbeza dari kebiasaan Sultan yang kita dengar. Maknanya kalau nak baik semua orang boleh lakukannya.

Kita berharap para Sultan dan juga Raja mengikuti contoh-contoh baik dari kalangan mereka yang ada. Kita juga berharap mereka memainkan peranan yang lebih aktif bagi memelihara hak-hak umat Islam  di Malaysia yang mana mereka mempunyai kuasa yang cukup besar di dalamnya.

Jika mereka cenderung untuk mengembalikan hak melaksanakan undang-undang syariah yang lengkap di negeri masing-masing andaikata umat Islam benar-benar mahukannya, tidak ada sesiap yang boleh menghalang mereka untuk menguatkuasakannya termasuklah Karpal Singh!
Share on :

5 comments:

  1. Salam semua...

    Minta jasa baik tuan, kat mana pak din ni??? tolong email pada saya.. terima kasih.

    ReplyDelete
  2. kuasa sultan sekarang bukan mutlak, tertakluk pada perLEMBAGAan. setakat nak tukaq paggilan 'saya' 'encik', tak guna no plet yg fancy2 takdak masalah, kalau bersabit dgn yg 'besaq2', depa kena toe the line.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau study apa yang ada dalam perlembagaan terutamanya kuasa Raja dan Sultan terhadap Islam dan orang Melayu, tentu anda akan faham betapa ia tidak digunakan sepenuhnya oleh mereka.

      Sila study buku tentang perlembagaan tulisan Aziz Bari. Mungkin boleh rujuk juga tulisan terbaru Zaid Ibrahim, Ampun Tuanku.

      Delete
    2. benda ni 'dah lama dah' cerdik pandai termasuk pakar2 perlembagaan (bukan depa 2 orang saja) dok betelagah. umpama satu kes, pihak pendakwa yakin kes ni lekat, tapi pihak pembela pun yakin buang kes. pi mai pi dok tang tu jugak. harga barang2 la ni dok naik mencanak, depa peduli ka?

      Delete
    3. Itulah namanya perjuangan...hanya mereka yang sabar saja akan terus berusaha sehingga ajal menemuinya

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License