Pertandingan jantan - (Utk bacaan lelaki saja: 21SX)

Monday, 17 September 2012

Amaran!: Lawak ini hanya sesuai dibaca oleh kaum lelaki saja berumur 21 tahun ke atas.

Liga siapa lebih kuat kejantanannya berlansung sehingga 3 orang dipilih ke peringkat akhir untuk disaksikan kehebatan masing-masing. Maka sebuah pentas dibina di tengah padang untuk orang ramai menyaksikan perlawanan siapa lebih kuat anunya.

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu menyaksikan 3 peserta akhir beraksi. Peserta pertama seorang lelaki berbangsa Cina naik ke pantas sambil membawa dua biji kelapa muda yang diikat kemas antara satu sama lain. Semua mata mengekori kelibat Cina tersebut.

Keadaan sunyi sepi apabila Cina itu yang lengkap berkain pelikat mula duduk bertinggung. Diselitkannya kedua-dua ikatan kelapa muda pada anunya lalu dengan mudahnya mengangkat kelapa muda naik berdiri. Terdengar tepukan kuat berserta sorakan kekaguman wuaaaaaa!!!. Kuat!.


Tiba giliran peserta kedua. Seorang Benggali yang sasa tinggi lampai naik ke pentas sambil membawa 4 ikatan buah kelapa muda. Benggali yang lengkap berkain pelikat tersenyum sinis sambil memandang orang ramai di bawah. Semua senyap sunyi dan ramai yang terlopong mulutnya tidak percaya dengan apa yang bakal dilakukan oleh si Benggali. 4 biji?

Benggali duduk bertinggung, juga tanpa menyelakkan kain pelikat sambil menggantungkan keempat-empat biji kelapa muda yang besar pada anunya. Tanpa kesukaran dan sekali nafas dia bangun sambil membawa kesemua buah kelapa muda naik sama ke atas tegap berdiri. Wahhhhhhhh! sorakan orang ramai lebih kuat daripada tadi.

Peserta terakhir pertandingan naik ke pentas dengan lemah longlai. Seorang lelaki Melayu kurus tetapi kejap ototnya. Kulitnya pekat sawo matang kesan dari jemuran ditengah matahari saban hari. Dia berjalan ke tengah pentas sambil membawa 2 biji kelapa kering.

Boooooooooooo!, semua yang hadir tertawa. Balikla woooit!, terdengar jeritan kuat dari anak muda nakal di bawah pentas. Setakat kelapa kering tak payahlaaaa!.

Dia nampaknya dengan tenang melangkah perlahan tanpa memperdulikan segala ejekan dari bawah. Sampai di tengah pentas, si lelaki tersebut tiba-tiba membaringkan badannya. Terlentang di atas pentas dengan kain pelikat lusuhnya itu.

Orang ramai terus terdiam. Tiada lagi ejekan. Masing-masing pelik dengan aksi si lelaki itu yang tiba-tiba baring terlentang di atas pentas. Dengan perlahan diambilnya kelapa kering sebiji. Diangkatnya ke atas. Tiba-tiba dengan kuat dihentamkan pada anunya lalu mengopek kulit kelapa kering satu demi satu sehingga licin seperti pekebun mengopek kelapa dengan chop yang tajam.

Orang ramai masih diam ternganga. Ada yang melelehkan air liur tanpa disedari kerana terlalu kagum. Si lelaki telah menghabiskan sebiji kelapa. Terkopek segala kulitnya. Dia lalu meraba sebiji lagi dan melakukan aksi yang sama dengan mudah dan bersahaja. Terkopek licin sebiji lagi kelapa kering.

Wuaaaaaa! hebat! hebat! jeritan serta tepukan lebih kuat pada si lelaki kurus yang menewaskan kedua-dua peserta pada hari itu yang hanya mampu menggelengkan kepala masing-masing.
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License