Polis amat profesional menangani Bersih 3.0?

Tuesday, 1 May 2012

Polis terlalu profesional, mereka amat berdisiplin dan komited melaksanakan tugasan mereka. Itu komen Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin sepupu Najib. Memang betoipun polis amat pro dan berdisiplin menuruti semua arahah Umno/BN.


Kalau di tempat lain Polis akan menganggap semua orang adalah baik kecuali dibuktikan sebaliknya. Tapi Polis di negara kita diajar untuk menganggap semua oranmg adalah penjenayah kecuali dibuktikan sebaliknya. Sebab itu mereka lansung tak kasi can pada pendemo tempoh hari. Mereka juga tak kasi muka pada kanak-kanak yang memandu kereta melarikan diri kerana ketakutan.

Ada satu pengecualian dalam doktrin, 'semua orang adalah penjenayah, kecuali dibuktikan sebaliknya'. Bagi mereka yang merupakan ahli dan juga pencacai Umno/BN, secara automatik bertukar menjadi "mereka semua adalah baik kecuali diperlukan untuk menunjukkan yang lain baik, maka kambing hitam akan dipilih untuk dijadikan korban. Itu yang berlaku pada Khir Toyo.

Polis adalah manusia biasa jugak. Mereka juga mahukan simpati, ada emosi, ada anak bini yang nak diberi makan dan ada kepentingan serta keinginan untuk naik pangkat. Kalau Umno menuduh pihak pembangkang menggunakan Bersih untuk menjadi alat politik mereka maka aku yakin Umno juga melakukan benda yang sama dengan menggunakan Polis untuk kepentingan politik mereka.

Jadi pihak yang menjadi mangsa adalah pihak berkecuali dan juga pihak polis yang tak tau apa-apa yang kerja semata-mata untuk sara anak bini. Kedua pihak ini sentiasa dilihat dan dituduh menjadi alat orang politik seolah-olah mereka tak ada otak dan tak mampu menggunakan akal fikiran sendiri. Dalam dunia demokrasi yang meletakkan parti politik sebagai pihak yang berpeluang menjadi pemerintah, para pemimpin politik sentiasa diangkat sebagai hero.

Merekalah yang lebih pandai kononnya. Bila NGO bergerak menuntut sesuatu, maka secara automatik parti politik yang bakal mendapat faedah dari usaha NGO tersebut dikatakan telah mempergunakan NGO. Macamlah NGO tak ada akai dan pemimpin politik itu lebih tinggi martabatnya dari NGO.

Dalam hal kerajaan pulak, apa saja yang polis buat kita akan kata kerajaan telah menggunakan polis sebagai hamba pencacai kepentingan plitik kerajaan yang memerintah. Dan terjadilah polis sebagai bahan tak ada maruah dan tidak ada akai kerana membiarkan diri mereka dipergunakan untuk tibai musuh politik kerajaan.

Aku ada baca FB seorang pemimpin plitik Umno/BN yang mentertawakan orang-orang Bersih yang katanya diperbodohkan oleh beribu-ribu polis yang menyamar menjadi peserta bersih untuk mencetuskan huru hara.

Dia kata penyamar polis inilah yang membaling batu dan botol air pada rakan polis mereka yang teraniaya tak tau apa-apa untuk menimbulkan kemarahan. Ini lalu diikuti oleh penyokong bersih melakukan perkara yang sama. Akhirnya kedua pihak yang dikatakan bodoh oleh pemimpin Umno itu bertembung dan berkecamuklah pertempuran. Dan yang paling pandai antara kesemua adalah pihak polis yang menyamar jadi pendemo dan sudah tentu paling pandai sekali adalah ketua mereka yang mengarahkan semua itu berlaku. Betulkah semua itu? anda sendiri boleh menilainya.

Apa betulkah kat negara kita pihak polis dan juga NGO hanya sekadar menjadi bahan pencacai kepetingan ahli-ahli politik dan para pemimpin politik merupakan ras keturunan yang lebih tinggi daripada pihak NGO atau Polis?. Samada betul atau tak betul tapi hakikatnya itulah yang semua orang katakan baik di kedai kopi atau dalam surat khabar dan media semasa.

Aku nak cadangkan kepada semua rakyat Malaysia supaya jangan menjadi pihak berkecuali. Kumpulan seperti itu tak sesuai di negara kita yang nampaknya amat tercemar dengan berbagai lakonan dan tidak ada satupun yang boleh dipastikan sebagai sahih melainkan anda sendiri terlibat dan menyaksikannya dan mengetahuinya dari mula hingga akhir, jika tidak anda hanya boleh dengar saja, tapi percaya jangan lagi. Ini terpakai samada daripada pihak kerajaan maupun pihak pembangkang.

Jadi kakal anda mahu selamat dan tetap arah tujuan di Malaysia anda hanya pilihan untuk menyertai parti politik, tak payah masuk NGO dan juga jadi pegawai polis. Dua makhluk ini iaitu NGO dan polis sentiasa akan dituduh menjadi hamba pencacai orang-orang politik. 

Sekali lagi aku nasihatkan pada anak serta cucu aku, jangan jadi polis dan jangan jadi NGO. Pilihlah satu antara dua samada sokong kerajaan atau bantah kerajaan. Jika kerajaan itu zalim maka sokong mereka yang menentang kerajaan dan jika kerajaan itu baik maka jadilah menyokong kerajaan. Stop...
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License