Dua tiga hari ni aku tak update blog aku ni sebab sibuk menyediakan diri untuk melayan acara gilang gemilang Bersih 3.0. Hari sabtu tu aku dengan kamera chokia' aku bersama dengan seorang kawan loya berkumpul di KL Central untuk menyertai perhimpunan aman Bersih 3.
Aku bertolak lambat sikit dari stesen kommuter batu 3 untuk menaiki kereta api pukul 12.39 menuju ke KL Central. Kereta api datang lambat sikit sebab terlalu ramai penumpang. Sampai saja kat batu tiga aku terjun masuk jugak sebab aku berjalan kaki keseorangan jadi sebaik saja pintu dibuka walaupun sesak dalamnya dan ramai yang tak jadi masuk, aku tak peduli. Aku berjaya membolos masuk dalam gerabak dengan susah payah.
Kat dalam tu aku tengok semua bangsa ada. Cina, India, Melayu dan lain-lain. Yang paling aku bangga semua kat dalam tu dok bersembang tentang Bersih dan depa semua cakap Melayu. Aku dengar seorang apek dok bercerita dengan kuat pada semua yang ada betapa tak sabarnya dia untuk menunggu hari sabtu untuk joint Bersih.
"Wuaaa! semalam gua tak bole tidur oooo, cilaka ! sampai pagi tak boleh tidur, kepala ingat mau pergi itu bersih", cerita apek itu dengan bangga. Aku tengok tepi aku atas kerusi ada amoi remaja dengan baju bersih dan kain tuala putih untuk lap hidungnya yang merah. Aku rasa dia selsema, tapi semangat untuk joint bersih tetap kuat. Aku kata kalau macam ni memang ada harapan BN berkubur selepas pru 13 nanti.
Setiap kali kereta api berhenti, ramai yang cuba nak masuk tapi tak berjaya. Tapi aku dengar apek tu menjerit gesa semua masuk lagi ke dalam kasi semua orang yang nak pergi bersih dapat masuk. "Ooooi kasi masuk itu mau pi itu bersih semua mau kasi masuk", kata apek tu berulang-ulang. Memang semangat sungguh apek tu.
Aku sampai kal KL Sentral dalam pukul satu lebih dan aku terus telepon kawan loya aku tanya dia kat mana. Dia kata ada kat surau untuk solat zohor. Aku terus pi ke surau untuk selesaikan tugasan aku sebagai hamba Allah, mana tau nanti takut terlupa pulak dalam kelam kabur berdemo.
Selesai solat aku dengan Loya terus bergerak berjalan kaki menuju ke Dataran Merdeka. Sampai sekerat jalan aku tengokramai sedang berjalan kaki dari Masjid Negara menuju ke arah aku dengan Loya kawan aku. Kami lepak kat situ tunggu tengok temasya ribuan orang yang berarak tak putus-putus selama sejam. Aku ambil gambar mereka yang lalu situ. Aku dapat tau depa melencong untuk ke dataran merdeka ikut jalan pudu sebab sebelah depan dari Kelab tu polis dah sekat orang ramai dari masuk ke Dataran Merdeka.
Habis tu aku dengan kawan aku menuju ke dataran merdeka untuk joint semua yang nampaknya dah mula duduk bersila mendengar ucapan dari para pemimpin Bersih 3. Aku mengesot dengan kawan aku menghampiri pentas sambil ambil gambar sikit-sikit. Macam pesta masa tu dan aku tak berapa dengar a[a yang diucapkan oleh pemimpin.
Yang aku perasan Ambiga ada buat ucapan declare Bersih dan tercapai misinya. Ambiga suruh semua mula bersurai selepas itu kerana misi dah tercapai Kemudiannya aku dengar Anwar Ibrahim juga ulang benda yang sama dan tekankan sekali lagi selepas ini semua naik semuala ke jalan raya untuk balik dan jangan pi serbu masuk Dataran Merdeka.
Tapi semuanya jadi kucar kacir bila Azmin dok perangat semua serbu masuk dataran Merdeka dan orang ramai mula naik minyak. Tup-tup aku dapat tau depa dah pi langgar serbu masuk halangan menuju ke dataran merdeka. Untuk apa depa semua buta macam tu aku tak paham dan aku tak mau ambil peduli. Yang pentingnya aku kena menyelamatkan diri sebab sebentar lagi polis akan ambil tindakan.
Semuanya tinggal sejarah apabila kawasan basah dengan air kimia dan gas pemedih mata dan bermulalah sejarah hitam dari kejayaan himpun 300 ribu orang bertukar menjadi ganas. Demonstrator mula iritate polis dan polis mula hilang kawalan, mungkin depa naik minyak sekali. Balin membaling berlaku dan mana yang tak pernah merasakan pedih mata kena gas berpeluang merasainya. Tak apalah aku tunggu juga untuk tengok semua yang berlaku sampailah pukul 8 malam aku berjalan kaki pulang semula ke KL sentral.
Aku secara peribadinya salah semua pihak terutamanya para SB yang dapat arahan dari siapa untuk buat kacau dan provokasi. Paara pendemo juga tak dapat kawal perasaan. Normallah bila tengok polis buat para pendemo macam anjing sapa tak marah. Aku pun naik marah jugak. Acah mengacah berlaku masing-masing nak tunjuk terror.
Aku dok pikir kalau dato bandar kasi depa masuk dataran merdeka semuanya akan berjalan dengan lancar. Tapi malangnya dato bandar anggap dataran merdeka hanya untuk umno saja. Mentang-mentang umno declare depa yang bagi tanah melayu merdeka habis sampai sekarang depa rasa apa saja kepunyaan negara dan rakyat hak depa.
Yang Ambiga pun satu bila orang offer stadium merdeka ambil sajalah tawaran itu kalau dia ambil tentu tak teruk sangat jadinya. Lagipun bearak ke stadium merdeka lebih banyak ruang untuk ramai berucap dengan lebih teratur. Tapi tak payah kalaulah...semua dah berlaku dan yang pentingnya semua rakyat mendapat mesej bahawa rakyat mahu berubah dan bukannya sedikit. Malaysia bakal berubah jika rakyat mula menggunakan otak dan tak leka dibuai oleh pembohongan kerajaan yang juah dan berlagak pndai macam bagus. Kita tunggu pulak bersih versi 4.0
No comments:
Post a Comment