Betulkah penganjur gagal kawal Bersih - Apa kata Tuan Guru Haji Hadi ?

Monday, 30 April 2012


  • Semalam wartawan menemuramah Tuan Guru Haji Hadi di Ulu Yam Baru berkenaan perhimpunan Bersih yang bertukar menjadi huru-hara. Beliau ditanya adakah Penganjur Bersih 3.0 gagal mengawal peserta. Tuan Guru menjawab, bagi beliau pihak penganjur telah berjaya mengawal peserta mereka dengan baik dan amat berdisiplin sekali.
  • Kebetulan saya berada di situ, lalu saya mendengar hujah Tuan Guru daqn berikut dibawah apa yang saya faham:
  • Rumusannya adalah pihak penganjur berjaya mengawal peserta bersih untuk berdisiplin membuat demo secara aman. Kerana:
    • Pas telah mengawal ahlinya yang turut serta dalam Bersih 3.0 dengan baik malah unit amal Pas telah banyak membantu orang ramai yang menenangkan keadaan juga menjadi pendamai apabila orang ramai naik minyak.
    • PKR juga berjaya mengawal ahlinya sejak awal untuk berdemo secara aman.
    • DAP juga berjaya mengawal ahli mereka.
    • NGO yang menyertai Bersih 3.0 terlebih lah lagi disiplin mereka, kerana tidak ada NGO yang ganas di negara kita, kalau adapun yang ganas kita tak namakan NGO sebaliknya kita namakan Kongsi Gelap.
  • Jadi kenapa terjadinya huru hara dan ramai yang tercedera? Ini di sebabkan Bersih bukan sahaja hanya di sertai oleh Parti Pembangkang dan juga NGO sebaliknya ada lagi mereka yang menyertainya.
  • Antara mereka yang menyertai Bersih 3.0 dan tidak ada sesiapa boleh mengawal mereka adalah SB. Pihak SB ini biasanya hanya Umno/BN sahaja yang boleh mengawal mereka dan bukan penganjur Bersih.
  • Oleh itu untuk tahu kenapa terjadinya huru hara, kenalah siasat para SB yang turut sama menyertai Bersih 3.0.
Share on :

2 comments:

  1. Hey! pemimpin dan penganut PAS...boleh tak bercakap benar dalam perjuangan! Saya amat percaya ALLah tidak akan merestui perjuangan yang penuh fitnah dan kemunafikan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap benarlah tu ! Percaya bahawa Allah tidak memberikan berkat kepada perjuangan yang penuh fitnah dan kemunafikan memang afdal dan tepat sekali tapi percaya bahawa berkat tersebut hanya datang kepada kita dan tiada berkat untuk orang lain selain kita adalah sesat...!

      Delete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License