- Sepanjang 22 tahun Kelantan diterajui oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar telah ramai dikalangan Menteri dan juga Timbalan Menteri yang melawat Kelantan. Baru-baru ini juga Kelantan telah mendapat kunjungan rasmi dari kedua-dua orang besar Kerajaan iaitu Datuk Seri Najib dan juga timbalannya Tan Sri Muhyiddin.
- Tahukan anda sepanjang tempoh 22 tahun tersebut hanya 2 orang menteri sahaja yang mengunjungi pejabat Menteri Besar sebagai salah satu daripada destinasi lawatan mereka. Mereka adalah:
- Tan Sri Mohamed Nazri Aziz - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Datuk Seri Abdul Aziz Shamsuddin - Menteri Luar Bandar dan Wilayah (Bekas).
- Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kekesalannya kepada sikap para Menteri yang tidak bersopan termasuklah Perdana Menteri dan juga Timbalannya yang seolah-olah tidak mengakui bahawa wujudnya Kerajaan Negeri di Kelantan yang diketuai oleh Nik Aziz.
- Setiap negeri ada kerajaannya dan setiap kerajaan negeri ada Menteri Besarnya, seharusnya lawatan rasmi biarlah beradab sedikit untuk menghormati Ketua Negeri tersebut dengan menziarah Pejabat Ketua Kerajaan negeri yang dilawati. Selepas itu nak ke manapun pergilah, barulah kita dinamakan bangsa berbudaya dan bersopan santun.
- Sumber: Purnama, Suara Pas Kelantan Bil 22.
Hanya 2 Menteri Umno yang berbudi bahasa Melawat Kelantan
Wednesday, 2 May 2012
Labels:
# akhlak
# Kelantan
# Politik
# Tahukah Anda?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment