Menteri Pengajian Tinggi yang mengaji tak tinggi !

Tuesday, 17 April 2012

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. Haaaa tudia aku bubuh nama penuh siap dengan jawatan sekali dengan gelaran yang orang kita dok bangga-bangga sangat tu. Bila aku bubuh nama penuh macam tu maknanya memang aku bengang sangat lah ni!

Aku dok perati Menteri Khaled Nordin ni sejak dulu lagi nampak macam akai dia ni tak berapa segar. Keupayaan reasoning dia memang tahap rendah habih setiap kali ada benda yang dia ulas sekali terpancul kebebalan dia berhujah. 

Yang aku pelik macam mana orang macam tu Najib boleh sumbat jadi Menteri dan menambahkan lagi seksanya batin aku kenapa Menteri pengajian Tinggi pulak tu???. Aku yakin dia ni memang kaki kipas tegar. Sekali kipas mahu terus menyala api barbeque ni! hahaha, sebab tu dia duduk kat situ. Bukan sebab akai dia tapi sebab tangan dia yang hebat mengipas.


Apa yang aku marah sangat hari ni adalah cabarannya yang bersungguh-sungguh suruh para pelajar yang berdemonstrasi PTPTN pulangkan semula wang pinjaman mereka. Dan lebih kasi aku mendidih jiwa, siap cabar lagi "Kalau anak jantan"...aduh samseng jenis tak ada akai agaknya dia ni.

Woooit! apa kena mengena dengan minta mohon pertimbangan kerajaan agar memberikan ilmu percuma dengan suruh pulangkan balik wang pinjaman. Kalau depa ambil wang tu sebab depa tak ada pilihan lain. Sebab mak bapak depa bukan macam hangpa senang-senang rompak wang rakyat.

Jadi untuk menjadi warga berilmu mereka kenalah masuk U dan nak masuk U ada kos dan kos tu kalau tak kasi orang tak bagi masuk, jadi sebab nak masuk kenalah cari duit. Bila nak cari duit depa tak boleh reka-reka projek kononnya untuk kesejahteraan rakyat dan negara dan kemudiannya channel 20% masuk poket yang macam hangpa biasa buat.

Depa tak ada peluang macam tu dan kalau adapun depa tak tergamak sebab itu duit sanak saudara mereka juga. lainlah orang macam hangpa yang hitam perasaan buat macam tu selamba rock saja. Yang hang suruh depa pulangkan semua pinjaman tu sama jugak dengan suruh depa berhenti belajar!

Tapi hang tu Menteri Pengajian Tinggi! kalau seorang menteri macam hang galakkan anak-anak muda berhenti belajar, maknanya hang Menteri yang mengaji tak tinggi dan mahu orang lain jugak jadi macam hang   yang akai tak tinggi.

Aku rasa hang terikut-ikut dengan sifu hangpa lah tu Tun Madet yang kata benda yang sama semalam. Dia takpalah, dah tua lanjut. Orang tua memang macam tu suka melatah dan merepek yang bukan-bukan. Kalau cakap biarlah ada hujah yang bernas sikit mangkuk oooi.
Share on :

4 comments:

  1. Apa nak hairankan? Menteri UMNO yang ada PhD lagi teruk. Perhatikan saja kepada kenyataan-kenyataan yang pernah mereka keluarkan. Aku rasa budak tadika lagi cerdik. Agaknya orang cerdik apabila masuk UMNO habis jadi biol, kenapa?

    ReplyDelete
  2. PhD dapat pu sebab kuat kipas. Ramai yang lebih power tapi tak dapat PhD sebab x pandai kipas. Boleh tanya lecturer kat mana2 universiti kalau nak kepastian.

    ReplyDelete
  3. ni spesis makhluk yg dapat jadi mentri sebab dia punya bodoh-bahlol tahap gaban... org cerdik takkan dilantik jadi mentri amno laknatullah..

    ReplyDelete
  4. Di Jerantut lagi hebat, ADUN Tahan (UMNo) cuma belajar setakat PMR aje bercita-cita nak jadi MP pula. Sudalah "no qualification" kaki pembelit dan pembohong. Pengundi DUN Tahan akan ajar beliau semasa PRU 13. 2 cawangan UMNO DUN Tahan telah mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau.

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License