Lagi teknik jadi billionaire ala UMNO

Thursday, 19 April 2012

Buat-buat terkejut pulak!
Kenapa rakyat semua perlu pangkah Umno/BN, sebabnya adalah kerana kerajaan Umno/BN telah buat jalanraya pada rakyatnya. Di sebabkan jalanraya itu maka ramailah rakyat yang boleh cari makan dengan berulang alik jual sayur dari kampung ke pekan. Rakyat bawa lori naik highway dengan laju dengan hasil sayur yang dijual di pekan.

Sayur yang rakyat tanam amat laku, hari-hari orang beli habis. Hasil jualan sayur rakyat untung RM25.00 bersih satu hari setelah ditolak kos benih yang terpaksa dibayar pada Ah Kau, kos baja juga pada Ah Kau, sewa pam air dan bahan-bahan lain buat sprinkler juga pada Ah kau, minyak lori, bayar pada stesen minyak abang Ah Kau, dan akhirnya tol highway yang kerajaan Umno/BN buat sampai membolehkan rakyat kampung meniaga sayur.


Dengan untung RM25 sehari tu rakyat tak perlu bayar cukai setelah ditolak habis semua kos saraan hidupnya yang punya 2 isteri serta 15 orang anak. Jadi orang yang bayar cukai pada kerajaan Umno/Bn adalah mereka yang seperti Ah Kau yang apa saja bekalan yang rakyat mahu boleh didapati di kedai ataupun di kedai saudara maranya.

Jalanraya makin banyak makin ramai yang jual sayur makin berkembang perniagaan Ah Kau, makin banyak Umno/BN kumpul duit. Duit tu kita namakan duit kerajaan, hakikatnya semua orang tahu itu duit rakyat yang orang seperti Ah Kau bayar untuk digunakan semula bagi membangunkan negara agar dapat dinikmati oleh semua.

Umno/BN melihat duit mula bertimbun-timbun, makin lama makin banyak, ini tak boleh jadi!. Duit rakyat perlu dijadikan sebagai duit Umno/BN. Macam mana nak buat senang saja. Cadangkan projek yang membuatkan Umno/BN menang pilihanraya...buat jalanraya!.

Hasilnya seorang kroni Umno dipilih atas dasar kipas siapa paling laju dan syarikatnya di anugerahkan projek lebuhraya yang berkos RM1.32 billion. Kroni tu tak ada pengalaman, no problem!, Uncle Ah Kau merupakan kontraktor kelas A sejak zaman British, sub saja pada dia selesai masalah.

Ok selesai masalah tak ada pengalaman, dah ada orang yang tunggu nak bina, mana pulak nak cari duit nak bayar kat kontraktor tu. Projek lain yang kontraktor tu belasah selama ini tak berapa mencukupi lagi, dia ada cuma RM60 juta saja lebih kurang untuk buat semua lebuhraya tu. Tak apa Madet ada!

Madet suruh anugerah kat kroni tu pinjaman RM976.7 juta sebagai bekalan untuk buat projek lebuhraya tu. Jangan risau, kata Madet pinjaman tu tak perlu dibayar sebab dia hak kerajaan Umno/BN dan Madet dah kasi tau loan tu dah jadi grant. So kroni yang memang dah terkenal dengan kaki joli, kaki minum dan kaki betina tu senyum lebar.

Tak sampai 8 tahun sejak lebuhraya dibina, kroni dah tak sabar nak buat duit. Curut dia yang mahal tu dah habis stok, kereta mewah banyak model baru yang keluar, betina baru lebih cun dan gebu muncul banyak penuh berahi. Kroni dah stim nak duit banyak dan cepat. Segera! kroni kata segera tak ada sesiapa yang berani bangkang so kroni jual saja projek tu dengan harga RM1.7 billion.

Kroni ambil duit liau-liau untung, kos lain semua rakyat dah tolong bayar. Rakyat tak peduli duit mana pergi sebab yang depa tau jalanraya makin banyak boleh tambah lori isi sayur bawa ke pekan jual, dan perniagaan Ah Kau makin maju untuk membolehkan Ah Kau bayar lebih banyak lagi duit cukai dan begitulah duit Umno/BN bertimbun semula.



Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License