Antara kartun perli yang keluar di Mesir berikutan fatwa orang dewasa minum susu rakan sekerja wanita |
- Pada tahun 2007 satu fatwa kontroversi dikeluarkan oleh Ketua Jabatan Hadith Universiti Al-Azhar, Dr Izzat Atiya. Fatwa dikeluarkan sebagai satu jalan penyelesaian untuk membolehkan dua orang pekerja bukan muhrim yang berlainan jantina bekerja di bawah satu bumbung. Ia dilaporkan di BBC
- Dr Izzat Atiya berkata untuk menyelesaikan masalah, pekerja lelaki perlu menghisap susu rakan sekerja wanitanya sebanyak 5 kali dan setiap susuan itu mengenyangkannya. Ini menjadikan mereka mempunyai hubungan kekeluargaan dan muhrim yang boleh bekerja sebumbung. Dengan itu pekerja wanita tersebut bolehlah membuka tudungnya di depan lelaki-lelaki yang telah disusukannya itu.
- Fatwa itu dibantah oleh ulama lain walaupun Dr Izzat Atiya mengeluarkannya berdasarkan hadith. Walau macam mana pun tidak ada di kalangan pekerja wanita yang dengan rela menawarkan pada rakan lelaki mereka untuk disusukan walaupun ramai pekerja lelaki dengan mata bersinar merenung para pekerja wanita yang dilihatnya banyak susu. Akhirnya fatwa tersebut pudar begitu saja.
- Tiga tahun kemudian pada tahun 2010, seorang ulama Saudi, Sheikh Abdul Mohsin Al-Abaican mengeluarkan fatwa yang sama bahawa lelaki boleh minum susu wanita yang bekerja satu bumbung bagi mengelakkan larangan lelaki dan wanita bukan muhrim bersekedudukan. Cuma ia agak berbeza daripada Dr Izzat Atiya dari segi cara penyusuan.
- Sheikh Mohsin Al-Abaican berkata lelaki tidak boleh menghisap susu rakan wanitanya secara terus, sebaliknya melalui susu wanita tersebut dimasukkan ke dalam gelas dan dari gelas itulah ianya diminum. Itu seterusnya membuatkan mereka bersaudara dan terangkat segala larangan.
- Baru-baru ini pula Kuwait diriuhkan dengan isu yang hampir sama berkisar dengan hal lelaki dewasa minum susu wanita. Namun kali ini ia menyentuh hukum suami menghisap susu isterinya ketika perhubungan intim, adakah ianya dibenarkan. Ada berbagai pendapat:
- Tidak haram - Sheikh Nazim Misbahi
- Tidak mengapa jika terhisap ketika bersama, namun ia tidak digalakkan - Sheikh Bassam Al-Shatti
- Kalau suami hisap puting tetek isterinya ketika bersama, ia tidak mengapa. Tapi jika kemudiannya susu masuk ke dalam mulutnya, maka hendaklah dibuang dan jika tertelan hendaklah dipaksa muntahkan - Sheikh Sa'd Al-Anzi
- Baca laporan fatwa terbaru Kuwait di sini
Dalam fatwa dan hukum syarak. Syarat sah anak susuan ialah 5 kali kenyang dan mesti kurang 2 tahun? Kalau lebih 2 tahun, tak akan sah?
ReplyDeleteSyarat kurang umur 2 tahun tu kena kira?
betul la tu bro. lu jgn pening dengan fatwa2 kat atas tu. mcm nak menyesatkan jer.
Deleteape benda ni? mengarut
ReplyDeleteApa yang tuan Shubhi katakan ini adalah fatwa yang memang benar-benar dikeluarkan.
ReplyDeleteToshio sila letakkan dalil sebelum bercakap.