Ramai yang keluar Umno...kenapa hek?

Wednesday, 21 March 2012

Baru-baru ni Pak kadiaq hantar surat pada Tengku Nan bagi tau dia nak belah keluar dari Umno. Itu semua orang dah tau.

Yang ramai lagi orang tak tahu terutamanya Najib dan pemimpin tertinggi Umno lain adalah sebenarnya terlalu ramai orang yang telah keluar Umno di seluruh peringkat cawangan.

Peliknya nama mereka yang telah keluar Umno di cawangan-cawangan tersebut masih ada lagi dalam senarai ahli Umno. Sebabnya adalah kerana cawangan tak berani nak report pada pusat, takut kena marah...hahaha

Nampaknya pimpinan tertinggi Umno tengah kena tipu oleh pemimpin-pemimpin di peringkat cawangan mereka. Baguih jugak macam tu biar depa tak sedar yang depa dok perasan tengah kuat sekarang.


Memang laporan kata rating najib tengah naik. Tapi yang laporan tak bagi tau adalah hanya rating Najib saja dok naik sebab dia la ni pulun kempem untuk Umno bukan buat kerja PM dan rating BN secara keseluruhannya tengah dok merudum...hahaha.

Najib dok harap dia menang besar dengan cuba ambil hati peneroka felda. Dia letak Mat Rasuah jadi boss Felda untuk kalih depa semua jadi penyokong Umno.

Tapi siapa tak kenal Mat Tak Cukup Jengkal tu, memang kaki buat duit. Sampai sekarang pihak yang mencadangkan IPO Felda Venture tu masih tak dapat jawab kenapa ada perjanjian sulit yang menjanjikan dividen special kepada pihak-pihak tertentu setelah penyenaraian tersebut.

Bukankah ada orang tertentu atau pihak tertentu yang akan kaut untung lebih dan dalam masa yang sama para peneroka yang memang dah susah dibelakangkan?

Hang pa semua tentu dapat agak puak mana yang dapat status istimewa belasah dividen dalam perjanjaian sulit IPO tersebut. Siapa lagi kalau bukan geng budak kasut tinggi tu. Mereka di namakan geng kasut tinggi sebab boss depa suka pakai kasut tinggi nak bagi cukup jengkal bila bersembang dengan orang hahaha...

Hangpa ingat aku merapu ka dengan apa yang aku tulih kat atas tu...hangpa baca la tulisan A Kadir Jasin (bukan Jasin kat Melaka tu) kat sini
Share on :

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2015. ABU.
Design by Herdiansyah Hamzah. Published by Themes Paper. Powered by Blogger.
Creative Commons License