Parti Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) sebuah parti yang mengaku memperjuangkan Islam umum nak lawan di 50 kerusi parlimen dalam negeri Kelantan dan juga Kedah.
Pengarah Eksekutifnya, Datuk Hasyim karim berkata mereka yakin boleh belasah menang dalam 20 kerusi Parlimen sebab yakin dapat memperdayakan majoriti para pengundi atas pagar yang beragama Islam yang mahukan sebuah parti yang mampu menjadi pengantara antara kerajaan dengan pembangkang.
Maknanya mereka hanya mahu menjadi pengantara duduk ditengah-tengah. Nak kata kerajaanpun bukan, pembangkangpun bukan. Atas pagar tak ada pendirian, macam lalang ikut angin pukul. Ada ka gamaknya orang suka dengan golongan yang tak ada pendirian ni?.
Kalau memang adapun aku yakin sangat mereka adalah sejumlah 3 juta pengundi yang tidak mendaftar sebagai pengundi. Puak ni tak ada pendirian, tak mau ambil peduli lantaklah aapa nak jadi mampuih pilah. Depa ni la kot yang bakal menjadi sasaran Berjasa hahaha. kalau macam tu sampai bilapun hang pa atak akan menang sebab geng tu tak pi mengundi.
Aku pernah dengar kata orang alim memfatwakan kalau dah ada sebuah parti politik yang memperjuangkan islam bertanding dalam pilihan raya, haram hukumnya mewujudkan sebuah parti lain yang dakwa memperjuangkan Islam juga.
Kalau tak selesa dengan kekurangan yang ada pada parti yang telah wujud tersebut, jalannya adalah masuk joint parti tu dan berusaha baikinya secara berjemaah. Lagipun bukankah perjuangan Islam mahu mencari keredhoan Tuhan. Masuk dan betulkan dengan niat suci tu dan gagal atau berjaya tetap ada rekod kebajikan, mati aman damai, tak ke begitu?
Berjasa ni ditubuhkan pada tahun 1978 dan sekarang ada seramai 5 ribu orang ahli. Nampak sangat jauh lebih lewat daripada Pas dalam penubuhan dan sudah pasti orang yang tubuhkan tu buat benda terlarang kerana tubuh parti Islam baru sedangkan dah ada Pas.
No comments:
Post a Comment